Melabur & Menyemak Baki Akaun ASNB di Portal MyASNB

Pada pertengahan tahun 2017, pihak Anamah Saham Nasional Berhah (ASNB) telah melancarkan portal MyASNB. Dengan portal ini, semua pelabur didalam semua dana ASNB boleh menyemak baki pelaburan dan juga menambah pelaburan didalam talian. Tidak perlu lagi besusah payah pergi ke pejabat ASNB ataupun ajen bank untuk melaksanakan urusan tersebut.

Untuk tujuan ini, anda perlu mendaftar di portal MyASNB. Walau bagaimanapun sebelum membuat pendaftaran, anda perlu pergi ke pejabat ASNB ataupun ajen bank untuk mengemaskini data dan mendaftar nombor telepon bimbit bagi menerima TAC (Transaction Authorization Code). TAC adalah amat penting bagi akaun di laman web.

Bagi pemegang akaun ASM, semasa mengemaskini data dan mendaftar nombor telepon bimbit, anda juga perlu mendapatkan nombor akaun 12 digit yang baru. Ini juga perlu bagi pendaftaran di portal MyASNB.

Setelah mengemaskini data, mendaftar nombor telepon & menerima nombor akaun ASB 12 digit yang baru, anda bolehlah mendaftar di portal MyASNB. Proses pendaftaran adalah mudah, anda hanya perlu memasukkan semua informasi seperti yang disebut diatas disamping e-mail address dan TAC yang dihantar ke nombor telepon bimbit anda. Bila selesai, anda boleh log-masuk di portal MyASNB untuk menyemak baki & menambah pelaburan di semua dana ASNB yang anda mempunyai akaun.

Walau bagaimanapun,buat masa ini, fungsi portal MyASNB adalah terhad kepada menyemak baki dan menambah pelaburan sahaja. Sejarah akaun juga terhad kepada transaksi yang dibuat melalui portal MyASNB. Amatlah diharap pihak ASN menambah fungsi seperti keseluruhan transaksi sebelum.

 

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.