Baru-baru ini saya terbaca mengenai panduan perisian iVSAChart di 1-million-dollar-blog, yang mana ia menerangkan keupayaan pelabur untuk menjana keuntungan dengan lebih mudah dan berisiko yang lebih rendah rendah di pasaran saham.
Secara ringkasnya iVSAChart ialah perisian di laman web yang bertindak sebagai penasihat kepada pelabur mengenai saham-saham yang sesuai untuk dibeli dan bilakah masa yang sesuai untuk dibeli & juga bilakah masa yang sesuai untuk dijual.
Ianya amat berguna kepada pelabur-pelabur yang baru memulakan pelaburan dipasaran saham dan juga amat membantu kepada pelabur-pelabur veteran. Dengan indikator seperti “minor diamond”, “major diamond”, “red diamond”, “NS Signal” dan lain-lain indikator, ianya amat membantu bagi kedua-dua kategori pelabur.
iVSAChart bukan sahaja berguna jika anda melabur di Bursa Malaysia, tetapi juga amat bermenafaat kepada pelabur sahar di pasaran antarabangsa. Buat masa ini dengan iVSAChart meliputi pasahan saham seperti berikut.
- Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE)
- Singapore Exchange (SGX)
- Hong Kong Exchange (HKEx)
- New York Stock Exchange (NYSE)
- National Association of Securities Dealers Automated Quotations (NASDAQ)
Setelah mambaca panduan perisian iVSAChart, dengan tidak melengahkan masa saya mendaftar untuk menghadiri kursus iVSAChart yang dianjurkan oleh pemilik iVSAChart pada 4-5hb November yang akan datang untuk memahami perisian ini dengan lebih mendalam.
Harapan saya setelah manghadiri kursus ini kelak, kadar keuntungan pelaburan saya di pasaran saham akan menjadi lebih baik. Dari semasa ke semasa saya juga akan menulis mengenai perisian ini.