* Woman Total Body - Home Exercising DVD MOVIE prescription drugs weight loss If you ever lose more than 3 pounds each week you risk getting gallstones and are endangering your state of health in several other ways, too. Should the product claims that no dieting is necessary it s false for that reason also - as was shown before. weigh loss tips ´╗┐Weight Loss Diet witchcraft wiccan weight loss spells 1. Learn more about the nutritarian diet by visiting www.eatrightamerica.com or www.drfuhrman.com. By reading up on this diet you will understand the basic way to make sure you are getting the biggest nutritional bang for your buck without skipping any vital nutrients from other food groups. Dr. Fuhrman has some really great books on the market that will help walk you through the ins and outs of eating in this healthy way which may be very foreign to the majority of us. best diets to lose weight fast Steaming will help you perspire and melt away those wastes in your body. the grapefruit diet What is GST? | Bebas-Hutang.com

What is GST?

FacebookShare

question-mark3aDalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

Antara langkah yang akan diambil ialah memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau Goods and Servives Tax (GST) yang akan dilaksanakan pada tahun 2007. GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.

Apa itu GST?

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

Aktiviti yang dikenakan cukai

Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai. Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”. Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahkan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.

Terdapat beberapa aktiviti yang tidak dikategorikan sebagai aktiviti yang dicukai seperti penggajian (pekerja atau pengarah syarikat), hobi atau aktiviti rekreasi, dan penjualan barangan peribadi seperti perkakas rumah atau kenderaan.

Kadar cukai

Biasanya GST dikenakan berasaskan kadar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa cukai. Memandangkan GST merupakan satu sistem baru, kadar minimum mungkin akan dikenakan apabila system ini dilancarkan pada tahun 2007. Pada masa ini negara Singapura mengenakan GST pada kadar lima peratus, Thailand tujuh peratus, Indonesia dan Filipina masing-masing pada kadar 10 peratus. Kadar GST di New Zealand pula ialah tujuh peratus dan Australia 10 peratus.

Contoh pengiraan GST

Contoh berikut menunjukkan bagaimana GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga dengan andaian GST dikenakan pada kadar 10 peratus:

Pengilang menjual sejenis barangan yang dicukai kepada pemborong dengan harga RM11 (termasuk GST RM1) dan pemborong pula menjual barangan tersebut kepada peruncit dengan harga RM33 (termasuk GST RM3). Akhirnya peruncit menjual barangan tersebut kepada pengguna pada harga RM44 (termasuk GST RM4).

Dalam contoh tersebut, pengilang menjual barangan yang bernilai RM10 campur GST sebanyak RM1(10 peratus). Pengilang dikehendaki menyerahkan GST sebanyak RM1 kepada pihak berkuasa. Pemborong pula telah dikenakan GST sebanyak RM1 dan menjual barangan tersebut dengan mengenakan GST kepada peruncit sebanyak RM3. Pemborong perlu menyerahkan RM2 kepada pihak berkuasa selepas mengambil kira kredit cukai (RM3 – RM1). Peruncit pula perlu membanyar GST sebanyak RM3 ke atas barangan yang dibeli daripada pemborong. Barangan tersebut dijual kepada pengguna dengan mengenakan GST sebanyak RM4 kepada pengguna. Selepas menolak kredit cukai, peruncit perlu menyerahkan GST sebanyak RM1 (RM4 – RM3).

Seperti yang diterangkan dalam contoh di atas, jumlah GST yang diserahkan oleh pengilang, pemborong dan peruncit ialah RM4. Jumlah ini bersamaan dengan jumlah GST yang perlu dijelaskan oleh pengguna akhir.

Bekalan yang dikecualikan cukai

Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.

Kesimpulan

Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.

Jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.

* Penulis ialah pensyarah Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ahli Jawatankuasa ACCA-IKS Malaysia)

Source: Utusan Malaysia, 2004

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>