Most of all take a chance on yourself, get extra help in the form of the finest weightloss tabs and achieve your weight loss goals. Get motivated knowing you have a true and Powerful ally in the battle of the bulge! Make sure to use your new weightloss drugs to change to a healthier lifestyle. Set your goals and seek to achieve life long health objectives knowing you will succeed when you set out and achieve your goals one by one. Remember its up to you to begin, and know you have support from the finest weightloss prescriptions on the market. Make sure to find the right ones for you and begin to use them. diet chart for weight loss Calories burnt off while sitting in a sauna are just calories burnt. There is no muscle building, no fat shedding, no after burn (VERY important!) and no muscle strengthening or toning. When you choose to burn calories through exercise, you not only burn more calories, but you also build and tone your muscle, and you get rid of the excess fat on your body. If you choose the right kinds of aerobics exercises, you will also get the added benefit of after burn. After burn is what the body does after you have finished exercising. After burn can burn calories up to fourteen hours after you have stopped exercising. If the only reason you are using a sauna is to lose weight, there are much better things you can be doing to achieve your goal. weight loss aids diet Where to buy Capsiplex Plus Our site * Much more energy official site There Is A Point When The Zipper Will Not Zip Up Anymore how to lose weight easy Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dari KWSP | Bebas-Hutang.com

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dari KWSP

FacebookShare

Simpanan Peroleh Dividen Tahunan Serta 5% Sumbangan Kerajaan

Mulai 3 Januari 2010, kebimbangan golongan yang bekerja sendiri seperti petani, nelayan, pemandu teksi, penjaja dan pemilik perniagaan terhadap ketidakcukupan simpanan semasa bersara bakal diatasi dengan pengenalan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa pembentangan Bajet 2010 pada Oktober lepas berlandaskan kepada tanggungjawab sosial, dengan mengambil berat terhadap kebajikan semua peringkat rakyat yang bekerja sendiri iaitu kategori individu yang tidak mempunyai skim simpanan persaraan secara formal.  Skim ini bertujuan untuk memberikan perlindungan kewangan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap apabila mereka mencapai usia tua.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap ketidakcukupan simpanan persaraan yang menjadi kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia terutamanya golongan bekerja sendiri yang tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menawarkan golongan terpilih ini fleksibiliti dalam menentukan berapakah jumlah yang mampu disimpan untuk simpanan persaraan mereka,” kata Tan Sri Azlan Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP.

Tidak seperti skim simpanan KWSP yang biasa, amaun yang dicarumkan ke dalam Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bergantung kepada tahap kemampuan pencarum sepenuhnya.

“Ahli boleh memilih untuk mencarum amaun minimum sebanyak RM50 sehingga RM5,000 sebulan sebagai simpanan persaraan mereka. Caruman adalah secara sukarela dan pencarum juga tidak perlu membayar caruman setiap bulan, ia bergantung kepada tahap kemampuan mereka,” tambah Tan Sri Azlan.

“Bagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sejumlah wang secara berterusan tidak kira berapa jumlahnya, ke dalam skim persaraan ini kerana disiplin amat perlu apabila menyimpan untuk persaraan.”

Simpanan di bawah skim ini akan menerima dividen tahunan mengikut kadar yang diumumkan KWSP sebagai tambahan kepada sumbangan kerajaan sebanyak 5 peratus dan tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun, selama 5 tahun bermula dari tahun 2010 hingga 2014.

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia ini terbuka kepada individu bekerja sendiri seperti penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, golongan freelance seperti deejay, instruktur kesihatan dan kecergasan (fitness instructors), penyanyi dan pelakon, serta pemilik perniagaan online.

Untuk maklumat lanjut, sila ke pejabat KWSP berdekatan, atau layari website KWSP.

8 Responses to Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dari KWSP

  1. 2bz4money says:

    Sapa yg freelancer termasuklah surirumah yg menjadi pengasuh sepenuh masa, better ambil peluang ni untuk minta suami buat caruman.

    Jika carum RM1,200 setahun pada 1 Januari 2010; gomen topup 5% iaitu RM60 (jumlah Max). Pada 31 Disember 2010 dah terkumpul RM1,260. Let say, KWSP declare dividen 5%; jumlah dividen 2010 diterima adalah RM63. Sebenarnya untung yang diterima adalah RM123 (60+63) iaitu pulangan 10.25% (123/1200).

    Sekiranya diulangi sehingga tahun ke 5, jumlah simpanan terkumpul adalah RM7,310.41; dimana pulangan terkumpul 5 tahun adalah 21.84% (1310.41/6000) berpandukan modal terkumpul RM6,000 (1200×5).
    Ringkasan caruman RM1,200 setahun; Jumlah terkumpul adalah:
    Tahun ke 5 – RM7,310.41
    Tahun ke 10 – RM16,292.44
    Tahun ke 20 – RM42,386.81
    Tahun ke 30 – RM84,891.79

      (Quote)

  2. zalina says:

    Kerajaan top up 5%?? Waa..bagus tu..

      (Quote)

  3. pakzul says:

    kerajan topup 5% (max rm60) sampai 2014 je (5tahun). So, kalau invest dlm tempoh tu, berbaloi la.

    tetapi, lepas 2014 …. labur kat tempat lain spt ASB, produk2 PNB, unit trust, etc yang kasi return yang better dari KWSP.

      (Quote)

  4. zalina says:

    Ooo..5 tahun jer ker. OK la tu. Ramai sebenarnya yang banyak duit tersimpan dalam bank jer.

      (Quote)

  5. ipin says:

    Baguslah rancangan ni,sesuai bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tiada majikan,wow mari-marii ramai ramai pergi melabur.tapi saya ada pertanyaan juga sebelum pergi melabur tolong lah jawab dulu.saya penoreh getah 3 bulan sekali baru saya jual dapatlah dalam Rm10.000 boleh kah saya laburkan lebih kurang 6000.00 dalam satu kali dan tunggu 3 ke 4 bulan kemudian baru simpan balik dalam jumlah yang berbeza.

      (Quote)

  6. INGhomeloan says:

    Lowest home loan with ING, ir 4.99% only, 90%loan, rm100k up to rm2m, cooperation with other bank such as OCBC, RHB n many more, leave yr case to us now we’ll handle for u, we are professionally adviser,, call 0136455994 NOW!!!

      (Quote)

  7. bestkal says:

    Salam,

    Saya sokong apa yang paksu cakap diatas.
    tapi baru2 ni sy dgr ada plan simpanan persaraan jugak tapi bagi dividen tetap 12.5% setiap tahun..tapi simpan 6 tahun je..kira2 lagi berganda dividen yang di terima kn?

      (Quote)

  8. alison says:

    Hi Khairul,

    do you have ab english version of the posting above for my perusal?

    Thank you,
    Alison

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>