RM1.5bil for AHB Fund Size
Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) is looking forward to increase the fund size of its Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) from RM1bil to RM1.5bil by end of this year.
It is reported that the RM1bil of AHB fund has been subcribed for more than 95% since it was launched in November 2010.
The plan to increase the fund size is to provide more opportunities for Bumiputera to invest in prime commercial properties with compliance to shariah.
Currently, AHB’s property portfolio comprises five assets three office towers, a hypermarket and a warehouse worth a total of over RM1bil.
These properties are:
- CP Tower (Jalan Damansara)
- Wisma Consplant (Subang Jaya)
- 26 Boulevard (Putrajaya)
- Tesco Setia Alam
- Logistic warehouse (Shah Alam)
Popularity: 2% [?]

















Bagi yg belum melabur…cepat mulakan tindakan..
iZwaN(Quote)
wah adakah ini signal positif
….harus tingkatkan pelaburan lagi ni…..
gee(Quote)
Tingkatkan dengan kadar segera. Tgal 95% sahaja lagi dr 1billion sperti yg diberitahu oleh Bro Khairul.
waffan(Quote)
nmpknye ken pegi branch maybank terdekat
alagkah senangnya kalu m2u bole buat penambahan…
gee(Quote)
aku pun kne besarkan tapak sket lah
tunggu NCB pruBSN takaful lah huhuhu masuk AHB ni..
klu gabungkan AHB + ASB = mantop
general juhziz(Quote)
bukan dah penuh dilanggan ke.>??
faizal(Quote)
untung besar ka??smpi org subcribe 95%…..bangunan ape lg selain drp 6 bgn kt atas ni?…
jiming(Quote)
yang lain nye adalah…dividen dibayar 2 kali setahun… hujung bulan ni dpt la dgr pengumuman nye…
noriz(Quote)
hanya maybank sajer yg ada product ni. kan bagus kalau PNB bagi licence pada CIMB n RHB ( panel PNB gak )
helmi(Quote)
AHB ni dr PHB, bukan PNB
Khairul(Quote)
KIV on the latest news, my loan still pending.
2bz4money(Quote)
Alhamdulillah loan AHB-i approved last month.
waffan(Quote)
1). Proses untuk apply pembiayaan AHB-i ni macam ASB-i jugak ker? Tengok profit ratenya sama jer.
2). Ada sesape sini boleh agak berapa dividen AHB ni? Saya dengar ada kata 5%, 6%. Betul ker?
3). Kalaulah AHB boleh cagar buat OD kan best….
student11(Quote)
Salam BH..the latest info:-
PHB tambah saiz dana AHB
Oleh Suffian A Bakar
suffian@bharian.com.my
2011/04/15
Peluang luas bagi Bumiputera manfaat potensi pelaburan
PELABURAN Hartanah Bhd (PHB) akan menambah saiz dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 500 juta unit lagi menjelang akhir tahun ini bagi memberikan peluang kepada lebih ramai Bumiputera meraih manfaat daripada potensi pelaburan dalam sektor hartanah.
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Kamalul Arifin Othman, berkata tambahan dana baru itu susulan maklum balas memberangsangkan diterima daripada orang ramai sejak pelancaran dana AHB pada 23 November tahun lalu yang menyaksikan semua satu bilion unit habis dilanggan dalam tempoh hanya tiga bulan.
“Tujuan kami ialah bagi membuka peluang kepada mereka yang tidak berjaya membuat pelaburan sebelum ini.
“Ia adalah usaha berterusan kerajaan dalam menggalakkan pemilikan hartanah komersial utama di kalangan Bumiputra, selain meningkatkan peluang pemilikan dalam hartanah bernilai tinggi di lokasi strategik,” katanya sambil menambah PHB ketika ini sedang meneliti beberapa lagi hartanah yang berpotensi disuntik ke dalam AHB.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan pertama Dana AHB di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Pengarah Urusan yang juga Ketua Eksekutif Mayban Investment Management Sdn Bhd, Nor’ Azamin Salleh.
PHB, iaitu anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera mengumumkan pengagihan pendapatan pertama sebanyak 2.17 sen seunit untuk tempoh empat bulan berakhir 31 Mac 2011, yang boleh ditaksirkan sebagai pulangan tahunan 6.50 peratus setahun.
Kamalul Arifin berkata, pengagihan pendapatan itu akan membabitkan pembayaran berjumlah RM19 juta yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang unit pada 18 April ini.
Pendapatan daripada dana berkenaan dikecualikan daripada cukai, katanya.
Dana AHB dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 29 November 2010 membabitkan saiz dana satu bilion unit yang habis dilanggan dalam tempoh tiga bulan sejak pelancarannya membabitkan kira-kira 60,000 pemegang akaun.
Kamalul Arifin berkata, daripada jumlah keseluruhan pemegang unit AHB itu, hampir 40,000 atau 67 peratus terdiri daripada pelabur kecil yang melabur antara RM500 hingga RM1,000, sekali gus menunjukkan ia mendapat sambutan baik daripada kelompok Bumiputera berpendapatan rendah dan sederhana.
Mengulas prestasi keseluruhan Dana AHB, Nor’ Azamin berkata, Selangor mencatat peratusan jualan tertinggi mewakili 23.4 peratus daripada jumlah jualan AHB, dan ia disusuli Wilayah Persekutuan 16.6 peratus.
“Apa yang menarik, kekukuhan pelaburan dasar dana ini turut mendapat sambutan amat baik di pasaran Malaysia Timur apabila Sarawak mencatat jumlah jualan ketiga tertinggi sebanyak 10.5 peratus, manakala Sabah 8.5 peratus,” katanya.
Beliau berkata, sambutan hebat jualan AHB sejak empat bulan lalu jelas menunjukkan dana itu adalah suatu alat pelaburan sesuai dan memenuhi kehendak dan kriteria pelabur sasaran.
Dana AHB yang diuruskan Mayban Investment Management adalah dana unit amanah patuh syariah yang membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan aset hartanah dengan pelaburan minimum RM500.
jas(Quote)
AHB dah masuk dividen dalam account maybank pada 18/4.
sofi(Quote)
Nilai hartanah dijangka naik..So, renung2 kan..Sesiape yg wat loan AHB tu, jgn risau laa..2.17% utk kali ni (4 bulan)..Not Bad..
K-1(Quote)
Nak tanyer, AHB ni kita leh capitalised kan ker cam asb. or sume dividen tu nnti dikira pd principal amount cam saham bank rakyat.
mrym(Quote)
yupp..mcm bank rakyat..coz dividen akan terus masuk ke akaun bank masing2.
k-1(Quote)