Residential Property to appreciate 20% in next six months

FacebookShare

It has been reported that residential property prices are expected to appreciate by up to 20% with the average price rise of 13% in the next six months due to higher building materials cost.

According to REDHA, properties with prices between RM250,000 and RM500,000 were the most in demand. Concern raised on My First Home Scheme announced recently as there are not many properties priced below RM220,00 in Selangor and Kuala Lumpur. As such, REDHA may proposed government to reivew the property price limit for Klang Valley area as well as the household earning cap.

 

Popularity: 2% [?]

8 Responses to Residential Property to appreciate 20% in next six months

  1. jas says:

    Rehda wujudkan situasi panik?

    Oleh Sarah Nadlin Rohim
    sarah.rohim@utusan.com.my
    KUALA LUMPUR 13 Mac – Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda) didakwa cuba mewujudkan situasi panik di kalangan pembeli dengan kenyataan kenaikan harga rumah pada separuh pertama tahun ini.

    Kenyataan itu seolah-olah memberi tekanan kepada para pembeli supaya mendapatkan rumah sekarang atau terpaksa menanggung harga kediaman yang tinggi pada masa depan.

    Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shahrom Md. Ariffin yang menyelar kenyataan Rehda itu menyifatkan kenyaaan tersebut sebagai jalan mudah untuk membantu pemaju mendapatkan keuntungan pada masa yang singkat.

    Malah, beliau mempersoalkan mengapa kenyataan itu tiba-tiba dikeluarkan sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kemudahan pinjaman 100 peratus bagi pemilikan rumah, baru-baru ini.

    ”Tahukah Rehda kenyataan mereka itu memberi kejutan kepada pasaran, sedangkan kenaikan bahan-bahan mentah seperti minyak mentah masih lagi di peringkat awal dan ia masih belum pasti akan melonjak ke paras tertinggi dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Rehda yang mendakwa harga rumah yang bakal dilancarkan pada tahun ini dijangka naik dua peratus hingga 50 peratus, atau secara puratanya 13 peratus.

    Kenaikan itu diunjurkan daripada kajian oleh Rehda pada Disember lalu yang melibatkan 135 daripada 972 ahlinya.

    Kajian bagi separuh kedua 2010 mendapati harga bahan binaan dan petrol semakin meningkat mendorong kepada kenaikan harga rumah yang dilancarkan pada Januari hingga Jun 2011.

    Selain kenaikan harga barangan mentah, persatuan itu dikatakan berdepan dengan masalah kekurangan bank tanah di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang dan Pulau Pinang.

    Tegas Shahrom, prestasi jualan pasaran rumah di Malaysia sekarang bukan disebabkan permintaan yang tinggi tetapi didorong oleh pembiayaan mudah daripada sektor kewangan serta skim-skim pinjaman perumahan yang diperkenalkan oleh kerajaan.

    ”Jadi, janganlah disebabkan faktor-faktor ini para pemaju mengambil kesempatan daripada keadaan semasa,” jelasnya.

    Berikutan itu, Shahrom mencadangkan supaya kerajaan komited untuk melaksanakan konsep bina dan jual untuk mengekang tindakan ‘besar kepala’ di kalangan pemaju perumahan.

    Idea yang dikemukakan oleh kerajaan itu wajar dipraktikkan kerana pemaju perumahan lebih mengejar keuntungan berbanding kualiti rumah yang disiapkan.

    ”Sekurang-kurangnya dengan cara ini para pemaju tahu bagaimana untuk memastikan kualiti produknya adalah setara dengan harga yang perlu dibayar oleh para pembeli,” ujarnya.

    Sementara itu, Penasihat Korporat Sunway Group, Tan Sri Ramon Navaratnam pula meminta kerajaan dan pemaju berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Perbincangan itu perlu untuk menawarkan harga rumah yang masih mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana.

    ”Sekiranya peningkatan kos bahan binaan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, kedua-dua pihak perlu mencari pendekatan terbaik bagi menangani isu tersebut.

    ”Pelbagai cara dapat dilakukan untuk mereka seperti menstruktur semula kos, mengubah reka bentuk atau bahan binaan yang mampu digunakan tanpa memberi kesan kepada faktor-faktor keselamatan,” ujarnya.

      (Quote)

  2. po-g says:

    sebagai seorg exec baru dan belum mempunyai rumah lg.. ape yg saya patut buat dalm situasi harga rumah sekarang? diharap sifu2 dapat membantu..tq

      (Quote)

  3. 2bz4money says:

    may be it just a rumour made up for Property Rush sentiment..be careful guys.

      (Quote)

  4. saifudinb says:

    td baru balik dr bank, bulan 6 ni mungkin BLR naik lg. But banker tu ckp rumours. not sure betul atau x. sape2 yg ade contact kt BNM tu bole la cek2…

      (Quote)

  5. 81cents says:

    Ade yang kata kenaikan harga rumah sekarang dah sampai ke tahap tertinggi (buble)..adakah lepas ni pasaran hartanah akan jatuh?dan kemudiannya di ikuti dgn economic collapes? ada sesape boleh bagi komen?

      (Quote)

  6. 2bz4money says:

    saifudinb:
    td baru balik dr bank, bulan 6 ni mungkin BLR naik lg. But banker tu ckp rumours. not sure betul atau x. sape2 yg ade contact kt BNM tu bole la cek2…

    Dah ada hint sejak thn lepas lagi BLR/BFR akan dinaikkan dlm jangkaan another 1%..

      (Quote)

  7. 2bz4money says:

    81cents:
    Ade yang kata kenaikan harga rumah sekarang dah sampai ke tahap tertinggi (buble)..adakah lepas ni pasaran hartanah akan jatuh?dan kemudiannya di ikuti dgn economic collapes? ada sesape boleh bagi komen?

    Bila dah xda penyewa atau pembeli, pelabur property akan suffer utk byr loan bank, ditambah pula kenaikan BLR yg mungkin menyusahkan proses byrn balik oleh pemilik rumah. Jika ramai pemilik rumah/pelabur property x mampu byr loan, byk property x terjual disbbkan bank loan mahal; maka merudumlah hg rumah.

      (Quote)

  8. jiming says:

    2bz4money: Bila dah xda penyewa atau pembeli, pelabur property akan suffer utk byr loan bank, ditambah pula kenaikan BLR yg mungkin menyusahkan proses byrn balik oleh pemilik rumah. Jika ramai pemilik rumah/pelabur property x mampu byr loan, byk property x terjual disbbkan bank loan mahal; maka merudumlah hg rumah.

    maka pemaju perumahan pun byk bungkus….projek perumahan byk yg terbengkalai…sbb pembeli x mampu beli rumah mahal

    adakah krisis 1998 akan berulang….

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>