MLM SCAM : Kisah Unstoppable

FacebookShare

Rata2 lebih byk kisah org rugi berbanding untung dari perniagaan MLM ni…sebenarnya bukan MLM tu yg tak bagus, cuma ramai sgt yg genius wujudkan skim/team/program yg bukan2 dengan menggunakan nama MLM tersebut…ni ade kisah yg dikongsi berkenaan unstoppable…kalau ikut kisah ni, sape2 yg nak tahu details psl program diorang, kena masuk dulu…pulak tu bukan sket2…riban2…betul ke camni cara diorang tarik downline..betulke diorang ni buat pelaburan property?…ape produk yg diorang jual?…ermm..musykil2…mungkin ade yg tahu lebih lanjut, boleh la share…sebagai iktibar

————————————————

Saya telah memasuki team GTP7 atas percaya pada kawan saya bernama  Faizal yang satu tempat kerja dengan saya. Permulaan sangat meyakinkan. Penawaran ASB 30%. Bawak saya pergi Tesco Melaka (Kat Sentral). Dan terus ke kaunter RHB Bank pada 15-7-2010 untuk periksa saya punya duit yang boleh dapat, dan selepas periksa saya lepas untuk RM 16k. Lepas tu terus dia mintak saya keluarkan duit yang saya dapat tu . Lagi banyak lagi cepat dapat penuh kan ASB. Tapi entah macammana . Ada masalah pulak dengan system RHB. Duit tak dapat masuk dalam akaun saya pada masa tu. Jadi dia kata takpe . Jumpa member dia yang bernama Shuhaizam (uNstoppable – GTP7) malam tu untuk table talk.
Penerangan seperti berikut:

Mula- mula kene cari 4 credit card. Lepas tu cukupkan ASB dengan RM 60 ribu. Dari RM60 ribu tu , buat pelaburan dalam properties, sikit guna untuk sendiri, bayar semua hutang dan simpan sikit dalam ASB.

Selesai.

Tapi pada esok paginya saya cakap dengan member saya( Faizal), saya masih tak berapa paham dengan perniagaan ni. Tapi jawapan yang di beri senang saja. Ikut aku. Lepas tu dia Tanya saya nak masuk berapa. Saya pun cakap RM 10k. Lepas tu dia boleh pulak baki duit yang saya akan dapat tu nak buat apa.
Lepas tu saya pergi ATM Rhb untuk pengeluaran dan sehari hanya boleh keluar RM 3000 pada tarikh 19-7-2010. Tapi saya hanya bagi RM 2000. Dan saya pendingkan 2 hari kerana saya ingin menyelidik dahulu kumpulan ini. Tapi , belum sempat saya selidik Shuhaizam cakap dia telah mendaftarkan saya untuk RM 10000. Jadi dia telah menuntut baki duit tersebut. Saya pun terpaksa keluarkan duit tersebut di RHB Bank di Bandar Melaka pada tarikh 23-7-10.

Apabila telah saya bagi semua duit tersebut saya bertanya pasal resit bayaran. Shuhaizam jawab dia akan bagi. Sampai ke hari ini 19-8-2010, saya masih lagi tidak dapat resit bayaran tersebut.

Saya juga telah membuat 1 aduan di KPDNKK dan 2 aduan di BNM. Setakat ini Cuma BNM yang member respon, dan respon yang diberi adalah mereka ,membuat perniagaan atau pelaburan yang salah.

Saya masih simpan 2 buku keluaran uNstoppable untuk di jadikan bahan bukti kerana perkataan yang ada di dalam nya mencurigakan termasuk
Terbitan oleh : the unstoppable sdn. Bhd. Tapi bila saya periksa di SSM, nama syarikat ini tiada, di KDNKK juga tiada.

Sekarang saya dalam proses untuk mengambil balik modal saya bersama seorang lagi yang juga rakan kerja saya Abd Jalil yang labor sebanyak RM 5000.

Saya nak berhenti di sebabkan perjalanan perniagaan kumpulan ini adalah menipu untuk mendapatkan duit iaitu tidak menerangkan bentuk sebenar perniagaan dan cuma mengutamakan pencarian downline.

Sekian

Amirulnozam bin Hamidon
01X-XXXXXXX

Source: www.mlmscam.net

Popularity: 4% [?]

82 Responses to MLM SCAM : Kisah Unstoppable

  1. Ape pun x boleh says:

    perancangan kite x same mcm perancangan ALLAH S.W.T..usaha tangga kejayaan..bukan org lain yg menentukan kejayaan kite..ckp pot pet2 mmg lah senang..kite kena think positif..jgn negative..so,unstoppable TERBAIK…!!!

      (Quote)

  2. SayaKawanAnda says:

    Hang memang bangang..otak kat lutut. Mana ada orang berniaga takda barang untuk dijualbeli…ni meniaga air liuq ke apa.

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>