Financial Planning with ASB, OD and Credit Card | Bebas-Hutang.com

Financial Planning with ASB, OD and Credit Card

FacebookShare

asb-od-cc.JPG

Mungkin sudah ramai mendengar mengenai perancangan kewangan (financial planning) dengan ASB, OD (Overdraft) dan kad kredit. Bagaimana melaksanakannya? Adakah benar2 dapat menyelesaikan masalah kewangan kita?Pertama kali aku dengar mengenai 3 perkara ini adalah dari sahabat aku. Memandang sahabat aku tu bukan mempraktikan sendiri, tetapi hanya dapat tahu dari orang lain, jadi dia tak dapat ceritakan dengan jelas bagaimana perancangan kewangan ini boleh dilaksanakan dengan 3 tools ni. Jadi aku buat research sendiri di internet. Hasilnya aku rumuskan seperti dibawah.

  1. Sediakan duit dalam ASB. Sekiranya tidak ada saving, apply personal loan, dan duit dari personal loan itu dimasukkan semuanya ke ASB.
  2. Tukarkan ASB ke Sijil. Kemudian apply OD dengan Sijil ASB tersebut.
  3. Bila OD dah approve, settlekan semua major loan.
  4. Seterusnya, pada setiap bulan, masukkan semua gaji ke OD.
  5. Beberapa hari selepas itu, keluarkan 30%-40% berbanding gaji anda dari OD dan masukkan ke ASB.
  6. Guna kad kredit untuk perbelanjaan rumah atau harian dan mesti digunakan diantara SD (Statement Date) dan DD(Due Date).
  7. Bayar amaun kad kredit yang telah digunakan pada bulan depan menggunakan OD.
  8. Ulang langkah 1 hingga 7 setiap bulan.

Betul ke boleh dipraktikan dan boleh berjaya? Aku cuba buat detail figure, guna gambarajah, guna Excel, tapi masih tak dapat buat perancangan secara detail. Dari pemahaman aku, perancangan kewangan sepatutnya berbeza bergantung kepada status kewangan seseorang itu. Jadi aku harus tidak mengambil bulat2 apa yang aku dapat di internet. Yang aku mahu adalah perancangan kewangan terperinci, beserta amaun dan date bagi setiap step. Jadi baru dapat memaksimakan ketiga-tiga tools tersebut.

Akhirnya, selepas menghadiri satu seminar, aku buat keputusan untuk assign seorang CFP sebagai financial advisor. Apa yang aku praktikan sekarang? Lebih kurang sama seperti yang aku jumpa di internet, tapi lebih terperinci.

  1. Aku apply OD dengan sijil ASB. Benefit => Dividen ASB tetap dikira walaupun kesemua duit dalam ASB telah ditukar ke Sijil. Bermakna aku dapat menggunkan duit ASB aku dan dividen tetap dibayar….hebat!
  2. Bulan Pertama : Bila OD approve, aku buat full settlement untuk balance kad kredit dan personal loan….settle 2 hutang aku. Benefit => Commitment hutang semakin kurang. Aku dah lepas dari interest kad kredit, 18% per year.
  3. Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD. Purpose => Untuk kurangkan interest dikenakan OD. Daily interest.
  4. Gaji aku dimasukkan semua ke OD. Purpose => Untuk kurangkan interest dikenakan OD. Daily interest.
  5. Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari OD menggunakan buku cek.
  6. Bulan Kedua : Bayar kesemua amaun yang telah digunakan dari kad kredit sebelum DD menggunakan OD. Purpose => Untul mengelakkan profit charge dikenakan. Jadi duit kad kredit digunakan secara percuma dengan hanya caj pengeluaran dikenakan.
  7. Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD pada SD yang sama seperti bulan pertama.
  8. Masukkan kesemua gaji ke OD.
  9. Sebelum 30hb/31hb, keluarkan beberapa k dan dimasukkan ke ASB. Benefit => Sekarang aku boleh buat maksimum saving. Saving yang pertama ini adalah 60% lebih dari gaji aku.
  10. Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari OD menggunakan buku cek.
  11. Langkah2 ini akan diulangi setiap bulan

Apa yang aku dapat? At least, 2 hutang aku dah selesai. Dalam masa yang sama, dividen akan masih dikira dari amaun yang telah ditukarkan ke Sijil. Dah aku boleh saving 60% dari gaji aku. Tak pernah terfikir dengan ciri2 berbeza yang ada pada ASB, OD dan kad kredit dapat membantu perancangan kewangan aku…kearah financial freedom.

Jadi jika anda berminat, aku advise anda dapatkan nasihat dari orang yang betul2 pakar dalam financial planning, atau cari CFP. Sebab sebelum aku jumpa CFP, aku ada buat gambaran kasar tentang financial planning aku, berdasarkan info di internet. Tapi apa yang financial advisor aku sarankan adalah benar2 berbeza.

Oleh itu aku nasihatkan dapatkan khidmat dari yang pakar. Kad kredit dan OD, kalau tak digunakan dengan betul, boleh membawa padah. Kalau anda hendak tahu serba sedikit, saya bersedia untuk kongsi, tapi bukan untuk merancang kewangan anda secara terperinci.

Sekarang saya sedang dalam proses seteruanya, iaitu refinancing rumah…untuk memaksimakan cash dalam tangan. Akan saya kongsi dari semasa ke semasa.

Keyword: perancangan kewangan, overdraft rhb, od asb, asb od, bebas hutang

928 Responses to Financial Planning with ASB, OD and Credit Card

  1. syed says:

    salam,

    So skrng nie OD-ASB dh blh ke blm? Kalau still x blh, sementara jek atau trs x blh ek?Tlg reply sape2 yg ada info…Tq

      (Quote)

  2. suekhairol says:

    masa1: keluarkan cash advnce from CC???
    ada 2 cost will incurred.cost 1: Withdrawal feeBank Islam:2.5% or RM 12 minimume.g if you withdraw RM 1000.00Fee is 2.5 X RM 1000.00 / 100 = RM 25.00cost 2: withdraw on 1 stsettlement on 30 thduration is 30 days x 15% / 365 = (RM 1000 x 30 x 15) / ( 365 x 100) = RM 300 x 15 / 365 = RM 12.33
    Total is RM 37.33is it true??  

    tadi saya ada call CTBANK utk clarify on the above.
    If cash advance….akan ada 2 cost…

    5% w/drawal fee
    18% per-annum.

    fahaman saya, untuk menggelakkan 18% per-annum tu, u kena setelkan full amount of the cash advance within the SD and DD. If after DD, it will be compounding rate.

    Correct me if I’m wrong..

      (Quote)

  3. shamsudin says:

    salam, saya amat berminat nak ikuti kelas OD, bile akan diadakan lagi..

    saya telah mengikuti program aziz ibrahim bebas hutang tapi saya telah tergelincir sedikit sebab refinance rumah saya link ke current account tak approve..lagi..sementara tu saya tak tau nak buat apa dengan kredit kad saya dr 4 buah bank yg tak guna2..sama ada saya nak terminate..atau nak buat mcm mane.,,
    saya dah email ke en aziz tapi masih tak de jawapan..sesape yg boleh bagi panduan ..nak buat ape dengan kad kredit ni..(semua nya dh di bayar..)..nak pakai macam mane..tolongla..saya

      (Quote)

  4. kad kredit says:

    salam,
    masih xfaham la..bukan ape..kan nk bayar kereta lg, nk bayar asb loan lg, klau smue bayar guna OD cmner la dpt kuakan 30% dr gaji utk smpan dlm asb. cth. income rm100, kos idup+bayar utang(kereta/asb)=rm99. so tinggL RM1 je..
    bulan dpan pon bende yg same gak.aleh2 dlm od cume tingal duit yg tingal sbb guna cc je..2 pon next month nk kena baya cc plak.klau dh smpan nk bayar cc cmner…
    blh sape2 tlong jelaskn x?

      (Quote)

  5. Ken Master says:

    suekhairol:
    tadi saya ada call CTBANK utk clarify on the above.
    If cash advance….akan ada 2 cost…5% w/drawal fee
    18% per-annum.fahaman saya, untuk menggelakkan 18% per-annum tu, u kena setelkan full amount of the cash advance within the SD and DD. If after DD, it will be compounding rate.Correct me if I’m wrong..  

    Lebih baik jangan gunakan cash advance kerana interest akan calculate by daily dan susah kita nak clearkan.

      (Quote)

  6. Farhana says:

    boleh tk saya nk penjelasan terperinci mengenai OD? saya kurang faham. great job…this is a good post…saya sgt berminat…

    thanks!!

      (Quote)

  7. ruzaini says:

    Farhana:
    boleh tk saya nk penjelasan terperinci mengenai OD? saya kurang faham. great job…this is a good post…saya sgt berminat…

    thanks!!

    OD untuk personal dah takder.. tp just ada unutk company.. tp wajib ada lesen PBT.. selamat mencuba.. :)

      (Quote)

  8. daud awang says:

    utk CA CC, sya berpendapat lebih baik gadai emas, RM1000 lingkungan RM7.50 sahaja. Selepas 20-5 hari kita tebus balik…rasanya murah berbanding dengan pengeluaran Cash Advance Credit Card…ape kata kawan kawan??

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>