Do you have your own rules?
Baru2 ni salah seorang rakan di tempat kerja saya baru membeli kereta baru. Jadi minggu lepas saya dan rakan2 yang lain berpeluang naik kereta barunya..alasan nak naik, ajak keluar pergi lunch..sementara masih baru la nak merasakan
. Bagi rakan saya ni, kira dia memecah tradisi dia sendiri…kalau sebelum ni hanya minat kereta Jepun, now he bought a continental car.
Dalam kami bersembang, biasala…mcm2 soalan kami tanya. Kenapa dia pilih kereta tersebut? Kenapa tukar ke continental?…dan mcm2 lagi. Dari jawapan yang dia bagi, boleh dikatakan he did his own research very well before buying that car. Dia test drive bermacam2 kereta. Rujuk review dari majalah2 kereta untuk kepastian dan tidak bergantung semata2 dari review rakan2.
Dan apa yang paling menarik bagi saya ialah, dia telah meletakkan harga maksima bagi kereta yang patut dibelinya. Apa harga maksimanya? Ianya ialah, harga kereta tidak lebih dari 12x gaji kasarnya. Katanya, jika harga kereta melebihi 12x dari gaji kasarnya, dia tidak akan membeli nya. Ini pertama kali saya dengar seseorang meletakkan had sebegini dalam membeli kereta. Interesting….sbg contoh, jika gaji kasar RM5,000 sebulan, harga maksima kereta yang patut dibeli adalah RM60,000. (rule #1)
Mengikut Azizi Ali pula, dalam buku beliau ‘Jutawan dari Planet Jupiter’, kita hanya patut beli kereta yang kita mampu membayar ansurannya selama 3 tahun. Tiga tahun tu kira maksima banginya. Jika lebih daripada tu, bermakna kita tidak mampu sebenarnya untuk membeli kereta tersebut. Yang paling baik dia sarankan adalah dengan cash. (rule #2)
Bagaimana jika kita cuba aplikasikan 2 rule diatas serentak? Katakan gaji kasar bulanan adalah RM5,000. Mengikut rule #1, maksima harga kereta adalah RM60,000. Mengikut rule #2, maksima ansuran adalah 3 tahun.
- Harga kereta : RM60,000
- Deposit 10% RM6,000
- Jumlah loan : 60,000 – 6,000 = RM54,000
- Interest rate : 2.5%
- Ansuran bulanan untuk 3 tahun : RM1613 / mth
RM1,613 sebulan untuk 3 tahun…lebih kurang 32% dari gaji kasar. Kalau bujang, probably ok, but bagi yang dah berkeluarga, agak tinggi juga monthly payment ni. Anyway, ini hanya ilustrasi sahaja sekiranya 2 rule tersebut diaplikasikan serentak.
Saya sendiri pun belum pernah cuba seperti yang diatas…maklumla, saya masih memandu kereta yang saya beli 8 dan 7 tahun yang lalu…iaitu sebelum saya kenal berkenaan financial planning. Bagi saya, rule #2 iaitu maksima ansuran bulanan 3 tahun agak sukar bagi yang dah berkeluarga. Mungkin boleh dihadkan ke 5 tahun memandangkan dah banyak brand kereta menaikkan had waranti ke 5 tahun. Tetapi had maksima harga 12x gaji kasar mungkin akan saya aplikasikan dimasa akan datang.
Bagaimana pula anda? Adakah anda ada rule anda sendiri yang tertentu bagi membantu anda membuat sesuatu keputusan dan menjaga financial planning anda? Rule would help you to make a decision.
















Salam.
This is one good article for readers and I to ponder.
Terima kasih kerana mengetuk minda kami semua
goldironman(Quote)
Saya dah ada rule baru.. beli kereta yg saya boleh bayar dgn tunai sahaja.. amat berbaloi…
zid(Quote)
rule saya adalah guna sampai abis byr.
Kuman(Quote)
This is interesting. Aku ada juga rule sendiri tapi sangat2 simple tak pakai kira2 apa…
1. Aku takkan beli kereta yang lebih dari rm100k
2. Aku takkan beli motor yang lagi mahal dari current kereta yg aku pakai
So sekarang aku pakai proton gen2 (3 tahun), n kapchai Suzuki Shogun. The rules still applied walaupun beberapa kali hampir terbabas, hehe…
GBuddy(Quote)
Kalau nak jimat duit, beli je kereta jepun walaupun mahal tapi tahan sampai 10 thun keatas dan tahan lasak…sekali je untuk seumur hidup dan jaga baik2… bukannya national car tak bagus cuma nak kena ganti selepas 5 tahun keatas dan maintenance nya lebih dari harga sebenar…
orang baru(Quote)
beli kereta 2nd hand yang cepat depriciate value dia..murah pun murah..
tam(Quote)
Kalu suka tengok kereta cantik, elok beli gambarnya je. Saya nak pakai keta yg sesuai dgn bentuk fizikal saya dan yg mampu menanggung beban 7 penumpang. Saya amik loan 5 tahun pasal keta 2nd hand pada tahun 2000. Kini saya tiada perlu ansuran lagi, maintain 55% NCD; hanya servis setiap 3 bulan. Walaupun dah nampak x cantik, tapi masih mampu bawa saya dan famili ke seluruh Malaysia dan Sarawak. Saya hanya beli ikut keperluan dan tak endah kutukan/omong org utk menukar baru. Berani pakai, sendiri tanggung (kosnya).
2bz4money(Quote)
kereta bukan asset tapi liablity
beli ikut keperluan…..bukan kemahuan
nak senang atau nampak senang
d cois in ur han
elias(Quote)
This is my rule. Kalo beli sesuatu yg bole menjana lebih $$$, aku sanggup berhutang biar bergolok gadai sekali pon, tenure belakang kira kalo long term bisa untung. Rule ni apply to all my investment termasuk beli umah, kete, emas, share dsb. Tu yg DSR aku sudah mencecah 150%. So, kalo anda seorang salesmen, n kete baru anda bisa menjadi eye opener kepada pelanggan/ prospek anda n seterusnya memberi cash in pada poket anda, go ahead.
joebala(Quote)
my rule is choose the car but limit the installment payment..
i.e. i only can afford to pay below RM500 per month.
so, i choose car which is available with that instalment.
min(Quote)