Budget 2011: 100% Loan with First Home Scheme
To promote home ownership among Malaysians, and to overcome the difficulty faced by young adults to own a house, the Government has intorduced Skim Rumah Pertamaku through Cagamas Berhad which will provide a guarantee on down payment of 10% for houses below RM220,000.
The scheme is for first-time house buyers with monthly household income of less than RM3,000. It is aimed at young adults who have just joined the workforce.
Source: thestar, teks ucapan bajet 2011
Popularity: 3% [?]

















Bluffy83..apa yg i tahu ada 2 sebab utama org refinance property..1st nak guna cash & 2nd nak restructure loan..mayb masa mula2 beli rumah % agak tinggi then when reach certain period kita dpt bank yg offer % lebih rendah then kita switch to refinance to the 2nd bank..if dcide after retire u nak refinance rumah yg dah habis dibayar bank akan tengok status kita..if kita pencen but ada karier atau kita still kerja mayb bank can consider..kita kena ada source of income cos refinance ni mcm kita apply loan semula with collateral..
jas(Quote)
tahun ni i plan nak refinance rumah…dedua sebab tu i nak guna…hehehee…experience pun takda lagi..1st time nak buat..apa yg perlu i tahu ye r selain gi survey banyak2 bank yg mana satu sesuai..
-diya-
diya(Quote)
salam Diya..semlm i ada belek2 magazine Personal Money then ada content the latest competitive loan rates offered by banks..u can check kat situ..mana tahu ada rezeki better offer..but u need to ensure can pay new repayment of your property..
jas(Quote)
betul ke bayaran balik skim perumahan ni sangat mahal?
sue haylee(Quote)
Sue haylee, dgr dari mane? Rasanya details blum kuar lg..harap2 tak la mahal..kalau tak, defeat the purpose
Khairul(Quote)
tanye skim nih melibat kan semua sektor perbankan ke atau satu bank yang incharge jerk leh bg maklumat detail
ecah(Quote)
Just read comments in bhonline..need proper plan cos with salary RM3K agak sukar nak cover dgn harga rumah beratus2 ribu RM..selain kita as buyer nak kena fikir habis2 x terkecuali bank akan fikir byk kali nak approve loan to qualified applicant nak elak risiko default payment & lastly kena lelong..those yg dah berkeluarga kena kira budget utk perbelanjaan anak2 spt blanja sekolah..as parents kena reserve duit utk premium insurance bg sebrg kemungkinan,tabung kecemasan etc..apa2 pun kena tengok kemampuan kewangan masing2..
25 bank biaya golongan muda beli rumah
2011/03/09
KUALA LUMPUR: Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.
Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.
Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.
Perdana Menteri berkata, skim itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi tertentu di negara ini.
Sehubungan itu, Najib mahu institusi kewangan mempermudahkan urusan pembelian rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku bagi memastikan usaha kerajaan membantu golongan muda memiliki rumah sendiri berjaya.
Beliau turut mempelawa lebih banyak bank yang belum menyertai skim berkenaan membabitkan diri menjayakan inisiatif kerajaan itu untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan cepat.
“Sehingga ini, skim itu berjaya menarik penyertaan 25 institusi kewangan. Walaupun ia tidak memberi keuntungan lumayan kepada mereka tetapi ia amat bermakna kepada rakyat,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, Skim Rumah Pertamaku adalah satu contoh komitmen kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk Skim Rumah Pertamaku.
Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 rumah menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa serta peruntukan tambahan RM50 juta membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.
Info
Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus
Bank Skim Rumah Pertamaku
1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad
Kriteria Kelayakan Utama
*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan
jas(Quote)