Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya | Bebas-Hutang.com

Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya

FacebookShare

2 hari lepas Etika dan Genneva…ni Asia Ceramic dan lain2 plak…memandangkan masih dlm siasatan, so sy no komen lah…nanti komen lebih2 cam post Etika dan Genneva, ramai lak terasa hati…dgrnya ade yg dh join sempat ambil langkah selamat selepas dgr2 yg BNM nak serbu…baca dan nilai sendiri…takde jln mudah untuk senang…high return biasanya high risk…tak kesah nak invest kat tempat high risk, asalkan tahu camne nak manage atau ade backup kalau sesuatu terjadi…wallahualam

*******************************************

Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya

Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya telah dibuat di premis syarikat di Kuala Lumpur berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat perhubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1 -300-88-5465
Faks: 03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480, Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)

Bank Negara Malaysia
23 Julai 2009

28 Responses to Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya

  1. jlpd says:

    Assalamualaikum…

    Artikel utk yang cepat marah dan emosi.

    QUOTE : Resam_Padi : Perihal Marah

    Pengurusan marah atau anger management bukan semata-mata menahan marah tetapi meletakkan marah pada tempat yang betul. Marah adalah suatu sifat yang normal yang bila mana seseorang tidak mempunyai rasa marah maka rosaklah dirinya. Kita wajar marah pada kemungkaran agar kita dapat mencegahnya. Contohnya marah seorang suami pada isteri yang mendedahkan auratnya adalah marah yang perlu di sisi syarak. Marah seorang doktor pada jururawat yang tidak memberi ubat kepada pesakit adalah harus demi kemaslahatan pesakitnya. Apa pun marah kita, sampaikanlah dengan cara berhikmah bukan beremosi.

    Kita akan sentiasa diuji dengan marah. Mudah-mudahan tips-tips ini memotivasikan diri saya sendiri untuk sentiasa benar dalam gembira mahupun marah saya. Amin….Wallahua’lam.

    Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW
    yang maksudnya: “Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu
    marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah
    SAW: “Jangan kamu marah..” (Riwayat Bukhari)

    Lanjutan penuh sila rujuk http://resam-padi.blogspot.com/2009/02/perihal-marah.html

    wasalam

      (Quote)

  2. Morpheus says:

    salam,

    klu ikut panduan Azizi Ali, di Msia ini mana2 skim or investment yg menjanjikan PULANGAN 5%-20% PER MONTH, maka high possibility ianya adalah skim maut. Skim ini tak lasting & tak bertahan lama.

    Contohnya swisscash yg mendakwa buat offshore investment, mampu bertahan selama 2 tahun lebih shj. Pak Man Telo lebih hebat krn bertahan selama lima tahun. Org2 terawal memang la dpt pulangan besar. Tapi org2 yg terkemudian?? Dan org2 yg terkemudian ni jumlahnya sangat ramai. Org terawal mungkin ada 1000 org. Tapi org2 terkemudian sepuluh kali ganda jumlah itu.

    Kenapa Azizi Ali letak PULANGAN 5%-20% PER MONTH as guideline utk mengenal/mengecam skim cepat kaya? Sbb dia dah kaji semua instrument pelaburan yg ada di negara ni. Selama dia hidup di Msia & pergaulan luas beliau dgn lain2 certified financial planner (CFP), memang tak wujud mana2 institusi or syarikat yg boleh bagi PULANGAN 5%-20% PER MONTH kpd pelabur2.

    So mcmn nak dptkan pulangan PULANGAN 5%-20% PER MONTH? Boleh. Iaitu kita bukak perniagaan sendiri. Untung hasil perniagaan kita yg punya & tak perlu share dgn sesiapa. Tapi, utk buka perniagaan sendiri kita mesti ada pengalaman & pengetahuan yg jelas tentang perniagaan itu. Bukannya buka2 saja, terus boleh dpt 20% per month. Setiap ahli perniagaan mrk ada learning curve sebelum betul2 sukses, many businessman will take years sebelum menjadi ahli perniagaan berjaya.

    Below is quotation drp artikel Azizi Ali berkenaan skim maut:

    Pulangan yang dijanjikan adalah 20% (atau lebih) sebulan, yang bermakna 240% setahun! Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun hanya mampu memberi pulangan 20 – 34% setahun! Bukannya sebulan! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang
    sebegitu tinggi? Kalau betul pula, sudah tentu semua media di dunia termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan yang menyeluruh kepada pengurus dana tersebut. Kenapa tak ada? Takkanlah media dunia (yang tahu semua
    pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan yang sebegitu hebat?

      (Quote)

  3. asraz says:

    tq bro morpheus atas ingatan..

      (Quote)

  4. levingt says:

    komen2 u all semua yer bernas dan ader jugak yg kurang bernas aku pun ahli acm jugak baru nak planing nak jual semua ev coz nak sgt gune duit utk raya sakan tahun nie tapi kena tgu 1.8.09 sedihlaa…aku bukan aper selepas dgr berita etiqa emas kena serbu bnm aku dah mula cuak nak jual semua ev coz takut sudah 3thn asik kerugian jer sia2 keje selama nie bro tapi aper leh buat mase tidak kesampaian utk buat demikian.aper langkah seterusnyer aku nak buat biarla hidup nie sederhana jer la banyak2 kan kearah akhirat dari urusan duniawi harap2 aku tabah menghadapi semua dugaan ini dan yang ahli2 acm seperti ku byk2 kan berdoa agar big bos acm pulangkan modal ahli2 peserta dan kepada pegawai2 siasatan bnm anda bertanggungjawab aper yg akan berlaku masa nie serta tingkatkan usaha anda bagi menyedarkan org2 melayu kita supaya lebih prihan hal2 dunia yang kamu reka itu….caiyukkk

      (Quote)

  5. jlpd says:

    Bro levingt…

    Tabik bro. Yg membezakan kan ko dgn komentor ahli acm yg lain ialah “kematangan ko dlm memuhasabah diri dr impak yg isu yg telah berlaku”

    salam n respek..

      (Quote)

  6. 2bz4money says:

    Ada apa2 kabar ke pasal ACM ni?

      (Quote)

  7. Ghafar says:

    Betul ker dgr cite BNM dan release ACM?

      (Quote)

  8. Ramon Remsen says:

    This is a very intriguing post, I was looking for this knowledge. Just so you know I discovered your webpage when I was checking for blogs like mine, so please check out my site sometime and leave me a comment to let me know what you think.

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>