Apa itu FOREX? – Pengenalan | Bebas-Hutang.com

Apa itu FOREX? – Pengenalan

FacebookShare

Apa itu Forex?

Perkataan FOREX dipetik dari Foreign Exchange, iaitu pertukaran matawang asing oleh bank2 diseluruh dunia, berterusan selama 24 jam, 5 hari setengah seminggu.

Pasaran harian Forex ni dibuka dengan pasaran New Zealand dan Australia (5am-2pm), diikuti dengan Asia iaitu Jepun, Singapura (7am-4pm), kemudian Eropah (1pm-10pm) dan US (8pm-4am). Bagaimanapun, 3 sessi trading yg paling utama adalah Tokyo, London dan New York. Dikatakan waktu market paling aktif adalah apabila 2 sessi bertembung, iaitu sessi Tokyo – London (4pm – 5pm) dan sessi London – New York (8pm – 1am)

Memang sesuai sgt ler dgn time Malaysia….4-5 petang time minum kopi..lepak cafe…8mlm – 1pagi dah kompom ade kat rumah…layannnnn

Dengan faktor keaktifan pergerakan harga yg mencanak-canak, Forex menjadi alternatif paling popular kerana ROI nyer yg tinggi….secara purata, 5%-10% sebulan…ade yg boleh dapat lebih dari 100% sebulan…(kalau lah boleh dpt 100% sebulan…)

Matawang

Matawang utama dlm perdagangan Forex adalah USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD. Currency pair utama pula adalah currency yg berpasangan dgn USD…cth EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF. Cross pair pula adalah currency yg tidak berpasangan dgn USD, seperti EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY dan EUR/GBP.

Platform

Seperti yg sumer sedia maklum, transaksi jual beli Forex ini dilakukan secara online. Terdapat 2 jenis platform iaitu software yg anda install di PC, atau web-based melalui Internet Browser. Cth software adalah MetaTrader, VT Trader….dan web-based pula adalah Easy-Forex.

Broker

Untuk membuka akaun Forex, anda perlu membuka dgn broker. Broker ni kebiasaannya mempunyai server diorang sendiri, dan ade right untuk tarik signal pertukaran matawang dari bank, dan kemudian dipaparkan pada platform yg tertentu yg akan kite gunakan utk trade. Pasal platform dah cite kat atas…so platform ape yg broker nak pakai, terpulang kepada broker. Cth broker adalah InstaTrader, FXCM, IKOFX, CMSFX, InterbankFX, dsbg. Mengenai broker ni, ade satu lagi jenis broker…iaitu ECN Forex Broker. Dengan ECN broker ni, signal yg kite nampak di platform adalah signal direct dari bank…bukan dari server broker…so takkan ade issu seperti anti-scalping, stop-lost hunting dan sbg.

Cukup dulu utk pengenalan….to be continue…

45 Responses to Apa itu FOREX? – Pengenalan

  1. Anip says:

    Belajar cara forex sebenar …

      (Quote)

  2. i berminat nk belajar tntang forex…anyone pm me..

      (Quote)

  3. syam says:

    dah haram kan forex ni …. nak trade lagi ke… ?

      (Quote)

  4. john jay says:

    Anip:
    Belajar cara forex sebenar …

    yg ini aku sokong..belajar forex yg sebenar…kalo trade sdri aku pernah ada pengalaman main fx malay…aku dh berguru selama 6 bulan dan main acc demo aku dah jadi jutawan..tp bila masuk duit betul..sap sup sap…rugi 18k..lepas tu aku terus luapakan dunia forex dan insaf…aku lebeh tertarik dgn pelaburan konvensional seperti ASB,Hartanah dan paling tidak Unit trust..

      (Quote)

  5. Ron says:

    Hi there are using WordPress for your blog platform? I’m new to the blog world but I’m trying to get started and create my own.
    Do you need any html coding expertise to make your own blog?
    Any help would be really appreciated!

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>