Takaful(Insurance) – Buy Now or Later?

tujuan post ni bukan utk menakutkan sesiapa…ajal dan maut di tangan Tuhan…OD, OD juga….invest, invest juga…perlindungan insuran sekiranya ape2 berlaku amat perlu…terutama utk keluarga tersayang bagi yg dh berkahwin…sekurangnya-kurangnya takde la kite menambahkan beban pada mereka sekiranya ape2 berlaku

kat bawah ni adalah beberapa peranggan yg saya petik dari petikan akhar KOSMO…kalau nak baca full, boleh klik pada pic dibawah…sebagai iktibar

sebenarnya sy tgh compile research perbandingan antara insurans2 takaful utama ( camPRU-BSN, berETIKA, tulus-IKHLAS)….buat masa ni blum boleh nak publish…masih nak finalize, dan kalau publish pun, mungkin akan jadi isu antara agen2 insurans takaful…buat masa ni cite offline dari BH ajelah…sy bukan agen, tapi setakat nak explain sket2 psl insuran tu takde masalah…jadi kalau ade kemusykilan, boleh tanya, dan sama2 kongsi…kalau setakat nak tanya mana the best antara 3 tadi tu, mungkin sy ade jawapannya….cth yg ade dlm research skang ni, tgk the last paragraph dlm petikan kat bawah, anak punya bayaran premium percuma smpi anak berumur 25 thn…utk spouse jadi percuma pun ade…yg ni, based on my research, camPRU-BSN saje yg tawarkan…cth

bagi yg tgh dok pk nak amik mana satu, sy nasihatkan beli dulu mana2 insurans…kenapa?…sebab malang tak berbau…sebenarnya lepas korang beli insurans, korang ade masa sebulan (actually maybe 45 days) utk cancel dn dpt balik duit first payment tu…so kalau nak beriya sgt pk, pk dlm tempoh sebulan tu…jgn pk dlm tempoh takde pape…lepas tu kalau nak tukar, then cancel aje dlm tempoh sebulan

P/S: nama2 comp insurans diatas bukanlah nama sebenar…pandai2 la korang teka

*************************************

KOSMO Ahad 19 April 2009

‘Dia bagaikan tahu ajalnya’

Malang tidak berbau. Nahas jalan raya yang berlaku pada 18 September tahun lalu bukan sahaja menyebabkan seorang isteri menjadi balu, malah dua anaknya yang masih kecil kehilangan seorang bapa.

…………………………

Bagaimanapun, kejadian tidak diduga itu ada hikmah tersendiri. Secara kebetulan, allahyarham yang tidak pernah mengambil insurans tiba-tiba berbuat demikian ketika pulang ke tanah air sewaktu menyambut kelahiran anak keduanya.

“Arwah sekadar mahu keluarganya dilindungi system insurans berasaskan syariah iaitu Prudential-BSN Takaful melalui agensinya, Al-Isra’ Associates Sdn. Bhd. kerana ia lebih terjamin.

…………………

….biarpun sudah balik ke Libya, allahyarham sering bertanyakan sama ada permohonan Takaful-Link yang disertainya telah diluluskan. Seperti tahu ajalnya hamper, permohonan Allahyarham diluluskan pada 15 September 2008.

Beliau meninggal dunia tiga hari kemudian yang kebetulan jatuh pada malam Nuzul Quran dan ketika umat Islam di seluruh dunia berpuasa Ramadan.

…………………

…..ditemui pada majlis penyerahan pampas an takaful berjumlah RM60,000 di Petaling Jaya, Selangor Selasa lalu.

Bukan itu sahaja, walaupun allahyarham Cuma sempat membayar premium kali pertama sebanyak RM300, keluarganya diberi perlindungan takaful. Malah dua anaknya menerima pengecualian bayaran premium sehingga berusia 25 tahun.

Popularity: 12% [?]

You can leave a response, or trackback from your own site.

73 Responses to “Takaful(Insurance) – Buy Now or Later?”

  1. orang baru says:

    Nak tanya kepada yang berpengalaman pasal insurance ni.. kredit kad kalau mati bank cover ke hutang tu, jangan pula klu kite tak ade (minta jauh-jauh)pewaris yang tanggung hutang pula.

  2. jiming says:

    orang baru,

    kalu x silap laa,saya ada baca/tgk…credit card yg islamic cm ikhwan(maybank) or cc bank islam akan cover outstanding balance kalu berlaku kematian.

    crdit card conventional xde rasenya…

  3. attahun says:

    aku cam tak sure laaa, kalau ikut2 pemahaman aku laaa, kalau takaful ni konsep dia macam “tabung kecemasan”, jadi duit yg bagi bulan2 tu macam sumbangan atau sedekah untuk kegunaan semua ahli tabung yang menghadapi masalah.. jadi ada kemungkinan yang kalau company bankrupt pasal tolong bayarkan operation satu ahli, takleh nak marahkan takaful company tu bankrupt sebab takaful bukan jaminan, cuma ‘harapan’ iaitu Allah lindungi kita dan ahli2 takaful, kalau ada kemalangan, ada lah sikit duit simpanan dan bantuan dari ahli2 takaful… betul ke pemahaman aku ni, ke salah sebulat-bulatnya? hahahah…haihh banyak nak kene belajar nih…

  4. pembaca_senyap says:

    attahun.. betul aa tuh kot. Nak mintak pendapat cendekiawan2 kat sini sume, let say laa beli rumah RM 200K. Better amik MRTA ke MLTA ke Personal Insuran? Banker offer saya MLTA, dekat RM 100 lbh jugak nk kene bayar sebulan. Tapi ejen personal insurans saya propose saya upgrade plan saya supaya sum covered saya jd RM 200K. Lepas kire2 saya kene RM150 jek sebulan. Cover medical sume maintain.
    Ape pendapat anda?

  5. shahfitri says:

    Pembaca_senyap…sy cadangkan awak amik personal insuran sebab ade include investment and medical..MRTA not recomended

  6. pembaca_senyap says:

    shahfitri, time kasih. kalau saya beli lg satu rumah harga 100K pulak, saya tak nak amik MRTA, saya kena upgrade lg sumcovered personal insurans saya ke 300K ke?

  7. orang baru says:

    Dengan dunia sekarang ni macam macam masaalah terutama sekali penyakit dan kemalangan jadi anda semua mesti beli insurance+medical tu yang terpenting sekali.Tak ada manusia yang tak berpenyakit dan tidak di landa musibah (minta jauh jauh)at least klu ada insurance boleh lah hilang kan beban sikit…berdoa lah banyak-banyak kepada tuhan supaya kita semua di lindungi daripada penyakit dan musibah..amin.

  8. JacKhalid says:

    Orang Baru,

    Hutang kad kredit tak dilindungi insurans. kalau pemiutang meninggal dunia, waris kena tanggung. tapi, ada bank yg offer Credit Guardian. kalo amik ni, hutang kad kredit akan diinsuranskan. mcm ada satu bank ni, dia caj RM 0.65 bagi setiap RM 100.00 hutang kad kredit kita. bukan semua bank offer benda2 ni. kena survey2 market la yek

  9. attahun says:

    insurans ni konsepnya haram, jadi kena jaga2 juga.kalau boleh, mencari yang halal.

    pasal MRTA/MLTA, ada pendapat kata better amik personal punya (third party) sebab nanti kalau refinance rumah atas bank lain, insurance tu masih kekal dan tak ada isu pasal nak kena transfer insurans plak.

  10. asrif says:

    mlta tu sama la macam insurance biasa.. memang mahal la…

  11. orang baru says:

    kalau insurans ni konsepnya haram mengapa kerajaan melulus kan konsep ni… kita minta kerjaan keluarkan sijil halal macam kedai makan baru lah kita tahu mana yang patut hendak di beli…

  12. Janshah says:

    Buat ORANG BARU : Konsep perlindungan TAKAFUL ni baru berbanding INSURANCE. Nampak macam sama tp tak serupa. Sijil Halal bagi industri perlindungan ni TAKAFUL lah. Itulah sijil halal dari bank negara@kerajaan. Ada byk PRU-BSN Takaful, Takaful Ikhlas, ETIQA Takaful dll. Pilih jer lah mana satu yg berkenan di hati…

  13. ds says:

    saya dah jumpa agen PRU-BSN tadi. terus terang ni first time saya berbincang dengan agen Takaful atau insurance. soalan saya harap sesiapa boleh bantu. agen ada mention psl medical benefit dan lifetime limit. ada tak provider yang takde lifetime limit, maksudnya boleh unlimited claim. yang kedua agen ada mention yang for medical benefit kita still kena bayar pada hospital 10% daripada bil dengan min kena byr RM 300 dan maximum RM 1000. ada tak provider yang cover 100%. TQss

  14. wannseremban says:

    MAA takaful, takaful ikhlas ING insuran smer ada medical card 100% cover dan masih juga ada life time limit… tapi stand alone card, without attach to any basic plan.. bermakna harga card semestinya mahal berbanding dgn yan cover 90% dan tiada nilai tunai (simpanan). ini bermakna sekiranya meninggal pelanggan hanya akan dpt wang pengkebumian antara 1k-5k,

    berbeza dengan plan medical card yg d gabungkan dgn mana2 plan asas yang mempunyai manafaat ASAS iaitu..

    - khairat meninggal d sebabkan sakit@kemalangan yang tinggi antara rm10k-unlimited bergantung nilai sumbangan
    - hilang upaya kekal sama ada d sebbkan penyakit@kemalangan

    dan yang paling penting masih ada tabungan/cash value/nilai tunai/nilai serahan/surrender value (benda yg sama istilah je berbeza)

    etiqa takaful – konsep tradisional saving + protection + medical
    (sifu khairul aku bukan promote tapi sekadar menerangkan yee… minta laluan)

    ada pengendali takaful yg lain meletakkan nilai simpanan/tabungan di dalam unit amanah pada sykt tersebut bermakna nilai tunai anda akan berubah2 mengikut trend ekonomi dan harga, (yang bagusnya plan ni.. jika time kita nak keluarkan duit tabungan ekonomi tgh melambung naik..wow superb untung besar… dan begitu juga sebaliknya)

    berkenaan dgn bayaran min rm300 tu.. so far yg den tau..etiqa tiada bayaran minima.

  15. cenkudu says:

    Wanseremban,

    kalau ikut ur explanation stand alone medical card ni cover 100% tp mcm PRU BSN ni cover 90% tetapi dia ada return investment plus dengan riders yg lain. interesting point ni mungkin saya kena tanya dengan agen2 yg ada stand alone medical card n dpt kan quote dan compare dengan yg buat gabungan.

    mcm Prudential ni saya rasa dia takde stand alone medical card, cuma boleh ambik basic plan tambah dengan supplementary mcm medical card. cuma yg saya tak sure (harap boleh bantu kalau tahu) ada ke PRU ni plan without investment? saya pernah baca di forum lain yang mengatakan return melalui takaful/insurance ni terlalu kecik dan lebih baik invest di tempat lain. kalau ikut pendapat tu tak perlu amik plan yg investment (ILP)baik focus pd medical card je.

    cuma yang saya musykil, betul ke pemahaman saya ni:
    -katalah kita amik medical card, kita bayar certain amoun tiap2 bulan tp kalau tak guna apa2, duit tu hangus. kiranya caruman tu hanya berguna bila kita sakit dan memerlukannya.
    -kalau investment plan ni, kita bayar tiap2 bulan. x pakai pun sama mcm di atas akan hangus dan berguna bila perlu. cuma caruman yang kita buat tu selain berguna bila sakit akan mendapat sedikit pulangan tiap2 tahun.

    harap leh bantu

  16. cenkudu says:

    oh satu lg soalan:

    -investment kat insurance ni mesti la ada risiko. kita akan kerugian apa2 tak kalau provider tak dapat untung? adakah bermakna bila company rugi kita kena tanggung sebab kalau company untung kita pun dapat untung. atau just bermaksud installment bulan2 just burn gitu dan yg tinggal benefit2 lain mengikut polisi asal.
    -ataupun ikut senario di atas polisi asal tu pun mungkin berubah seperti kita tak leh buat claim etc.

    TQ

  17. NizamJB says:

    Just sharing..

    Yg maner berminat nak beli takaful atau insurans,pastikan kamu declare health status kamu dgn telus.. terutama skali bagi yg ade da sedia penyakit atau sejarah kemalangan sblm pembelian takaful /insurans tersebut.

    Peristiwa yg saya nak citer ni terjadi pada rakan keje saya sendiri dimana dia belikan PRU BSN utk ahli2 keluarga dia somewhere awal tahun ni. Biasernyer medical card ni tak cover sebarang penyakit within 1st 120 days (kecuali ader beberapa jenis penyakit yg disenaraikan ajer).

    Apabila cukup tempoh lbh 120 hari ni, wife dia ada jalani operation dan kos keseluruhannya lbh rm12k. Malangnya, biler wife dia nak discharge, pihak hospital menyatakan yg PRU BSN tak cover expenses tersebut kerana pihak PRU BSN dapat tau yg wife dia nie memang da ade history masalah tulang belakang (dari sumber lain) due tu accident around 5 yrs back. So nak tak nak dia kene byr bil hospital tu sendiri! Pihak insurans lain pun akan buat mende samer gak (nanti org kater biase towards PRU BSN plak..huhu)

    The moral of the story.. You can run (conceal the truth) but u can never hide!

  18. cenkudu says:

    x sangka yer..sampai ke tahap tu company kat Malaysia buat siasatan. saya pernah duk negara lain sekejap dulu mmg on paper dia tulis gitu tp company tak berani nak buat sbb takut image dia org rosak.

    tp mmg betul pun kena jujur. apa2 pre-existing condition ni tak akan di cover oleh insurance kan?

  19. NizamJB says:

    Biaserla bro cenkudu.. Diorg nie klu blh nak ‘import’ ajer.. org lain yg ‘export’ (tiru dialog Ali baba B.L.) :)

    Most insurance tak cover pre-existing conditions, tp dengarnyer ader gak yg cover tp premium tinggi ler..

  20. cenkudu says:

    saya buat google dan terjumpa satu lg Takaful provider MAA Takaful. banyak jugak kelebihan banding Takaful provider yang lain seperti takde co-insurance dll (hrp jangan ada ejen insurans nak argue lak ye). cuma kalau ada sesipa yg ambik maybe leh share pengalaman tentang service dan satu lagi dah berapa lama provider ni dalam hal ehwal Takaful sbb saya tak pernah dengar sebelum ni.

  21. wannseremban says:

    menjawab soalan:

    -katalah kita amik medical card, kita bayar certain amoun tiap2 bulan tp kalau tak guna apa2, duit tu hangus. kiranya caruman tu hanya berguna bila kita sakit dan memerlukannya.

    benar, sekiranya tuan memilih stand along card biasanya cover 100%, maka tiada pulangan yg akan dkembalikan walaupun tuan tidak menggunakan, ertikata lain “duit hangus”

    -kalau investment plan ni, kita bayar tiap2 bulan. x pakai pun sama mcm di atas akan hangus dan berguna bila perlu. cuma caruman yang kita buat tu selain berguna bila sakit akan mendapat sedikit pulangan tiap2 tahun.

    sekiranya menggunakan pelan konsep INVESTMENTLINK pelanggan akan menerima pulangan berdasarkan keuntungan harga unit. bermakna sekiranya harga unit jatuh maka pelanggan tetap akan kerugian.

    di etiqa takaful kami menggunakan konsep TRADITIONAL SAVING, bermakna.. sebahagian dari contribution pelanggan diletakkan d dalam akaun tabungan bagi menjamin nilai simpanan pelanggan tidak akan terpengaruh dgn turun naik harga/ekonomi.

    -investment kat insurance ni mesti la ada risiko. kita akan kerugian apa2 tak kalau provider tak dapat untung? adakah bermakna bila company rugi kita kena tanggung sebab kalau company untung kita pun dapat untung. atau just bermaksud installment bulan2 just burn gitu dan yg tinggal benefit2 lain mengikut polisi asal.
    -ataupun ikut senario di atas polisi asal tu pun mungkin berubah seperti kita tak leh buat claim etc.

    jawapan lebih kurang sama je.. so.. pk2 le

    tq

  22. Salam says:

    Setahu saya yang sangat baru dalam bidang ni, konsep INVESTMENTLINK yang digunakan dalam insurance/takaful, adalah lebih kurang sama macam amanah saham/unit trust. Provider akan melabur dan mengurangkan risiko dgn cara mempelbagaikan pelaburan dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

    Sebagai contoh mudah, sekiranya anda mempunyai 10 biji telur, adalah lebih selamat sekiranya anda menyimpan dalam 10 biji bakul. Kalau 3 bakul terjatuh pun, another 7 biji masih elok lagi. Maknanya, seteruk-teruk market/pelaburan pada 10 companies atau dana pun, takkanlah semuanya jatuh,bukan? Rather than kita simpan 10 biji telur dalam 1 bakul, risiko untuk pecah semua sekiranya terjatuh adalah terlalu tinggi.Kalau terkena pelaburan ok,memangla untung besar. Tapi kalau terkena market/pelaburan jatuh,asap pun tak dak.

    Buat pengetahuan yang kurang arif tentang cara pengurusan unit amanah saham,ia diuruskan oleh kumpulan profesional. Pengurusan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran serta pengetahuan mereka yang mendalam didalam bidang ini.Pengawasan portfolio pelaburan dibuat secara berterusan berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

    Jadi boleh dikatakan,tahap risiko pelaburan dalam investmentlink tidaklah terlalu tinggi dan tak terlalu rendah. Dan satu lagi, konsep pelaburan amanah saham ini akan mengambil masa yang lama, jadi adalah tidak adil untuk menilai pelaburan dalam masa terdekat.Moralnya tak perlu bimbang untuk invest dalam insurans/takaful berkonsepkan INVESTMENTLINK..

    Satu lagi,kenapa mesti ambil medical card standalone? Bagi saya ia tak ubah seperti kisah anda MENYEWA rumah dari zaman bujang sampailah beranak cucu kat rumah tu..kalau sedari awal lagi anda decide untuk beli atau buat loan, maybe dah lame rumah sewa td jd milik anda sendiri. Seperti kata tuan tadi,kalaupun benar boleh cover sampai 100% pun, maka tiada pulangan yg akan dkembalikan walaupun tuan tidak menggunakannya,ertikata lain “duit hangus”…fikir-fikirkanlah..

    psst: Kalau salah,tolong betulkan..tq..

  23. ermmm.. says:

    saya pon sebenarnya tgh mencari insuran atau takaful yang sesuai utk diri saya. saya baru berumur 23 tahun. baru2 nih ditawarkan oleh AIA utk pelan snatch protection. rm66 sebulan. juz cover utk kemalangan dri dirompak, dgn bil2 hospital. bil hospital tu pon berdasarkan kemalangn yang terjadi sbb diragut..tapi malangnya saya dah beli insuran tu. tapi difikir2 balik, mcm takberbaloi je..erm..nak wat camana ye? blh mtk jasa baik kawan2 tolong pilihkan adakah keputusan saya nih betul( beli pelan ini ) atau perlu saya ambil insuran lain? spt: prudential bsn?ermm…

  24. bujal38 says:

    dahsyat kotand diskas kat sini.
    saya takde amik insuran mana mana lagi nih
    reason:
    1. ada company insurance (cover samapai anak ke-5)
    2. terfikir, kalau kita ada insuran kat luar n company insurance, leh claim 2 kali ke kalau ape ape jadi?

    tapi saya dah mula ada terfikir la nak amik insurance utk 1 family. leh suggest tak mana company yg bagi insurance cover for 1 family n boleh add kalau dah tambah famili lagi.

    kalau kita dah terambil MRTA (kes saya 2x rumah MRTA), boleh cancel ke n amik personal insurance lepas tu?

  25. cenkudu says:

    bujal kalau ikutkan agen insurans diaorang akan suruh awak amik satu lagi insurans or medical card :-) sbb yang akan diberi:

    1.tak semestinya kita akan keje situ sampai bila2 nanti mungkin tukar keje mungkin dah takde cover. tp kalau dah mmg ada bond dengan company tu mesti la lama keje situ kan.
    2.katalah kena critical illness atau dah mula sakit masa keje dengan company tu dan kena diberenti keje (minta jauh). adakah kita leh terus pakai insurans polisi company tu as an individu. pastu masa tu boleh ke insurans lain terima kita.

    ada 2-3 sebab lagi yg saya biasa dengar tp x ingat

  26. cenkudu says:

    oh satu lg sometimes ada yg x sure psl polisi medical company. mungkin ada certain limit per annual or lifetime limit. pastu tiba2 tak kasik claim. 1 lg yg sign policy tu top management and diaorang tak penah tanya betul2 kalau2 kita ada pre-existing illness. tkt2 kalau claim nanti dia kata x cover. hehe iniyg biasa dengar :-)

  27. jlpd says:

    bujal38,

    Last week saya ada bincang dgn salah seorang warga BH yg aktif as “agen takaful” berkenaan “family insurance”.

    Dari perbincangan tersebut dapatla saya diberitahu tahu family kekurangan “family insurance ni”.

    Kelemahan yang nyata “incase pemegang/penama policy (biasanya merujuk kepada ketua keluarga la) SUDAH TIADA maka automatically polisi itu terbatal dan secara tak langsung family member kehilangan perlindungan polisi tersebut.

    That why digalakkan ambik insurance secara individu. Isunya mampu ke kita nak insert seme individu family? then terpaksa la merujuk kepada kemampuan kita. Nak tak nak kena la kita kerja dengan lebih keras nak berusaha menambah income kita serta mencari jalan menjana side income or pasif income :)

    Futhermore utk kepastian leh check dgn agen takaful or insurance yang bertauliah serta dipercayai dan bole “good service after sales”

    sekadar pendapat

  28. wannseremban says:

    setuju n setuju.. hebat dah rakyat malaysia sekarang ramai yg boleh menerima ttg insuran / takaful, dan sebab itu juga ada ura-ura harga insuran/takaful akan d naikkan lagi.

    en.salam,
    perunding unit amanah d ajar serba sedikit ttg pengurusan unit amanah dan menduduki xm FMUTM, so sekurang2nya mereka memahami dana yang bakal d sarankan kepada pelanggan. manakala.. untuk wakil takaful/insuran investmentlink x perlu lesen FMUTM, so, sendiri bley pk.

    cik ermm, (kebiasaannya perempuan yg amik plan snatch protection ni)
    ” pelan snatch protection. rm66 sebulan. juz cover utk kemalangan dri dirompak, dgn bil2 hospital. bil hospital tu pon berdasarkan kemalangn yang terjadi sbb diragut.”

    pelan ni bagus.. kalu x bagus xkan bank negara luluskan, tapi untuk memilih insuran/takaful beberapa perkara perlu d ketahui dan d kaji, cth: apa keperluan utk pelan tersebut? apa kemampuan? matlamat d akhir polisi? kesimpulannya memilih takaful/insuran sama pilih bank nak buat ODASB.

    bro jlpd,
    “Isunya mampu ke kita nak insert seme individu family? then terpaksa la merujuk kepada kemampuan kita.”

    benar tu bro, rujuk kepada kemampuan dan keperluan, tapi apa yang paling penting adalah polisi untuk ketua keluarga, sebabnya adalah menjadi tanggungjawab untuk ketua keluarga mewariskan/menyediakan dana untuk keluarga.

    surah al-baqarah
    “diwajibkan atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibu bapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas org yang bertakwa”

    Hadis riwayat al-bukhari
    “tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”

    so, apa yg paling penting… FAHAMI POLISI anda dan pilih sykt yg memudahkan serta wakil yg boleh memberi perkhidmatan ketika anda memerlukan.

  29. Khairul says:

    rasanya dlm takaful ni takde utk satu family (tak sure sumer takaful sama atau tidak)…tapi ade takaful yg kite boleh amik option tambahan…cth, kalau jadi ape2 kat husband, wife nyer premium percuma selamanya…dan vice versa…utk anak pulak (biasanya secara default) kalau ape2 jadi kat parent, then anak nyer premium jadi percuma

    nak tahu takaful mane, email kat sy pun boleh :D

  30. wannseremban says:

    sifu khairul… ada plan utk 1family.. tapi x d popularkan sgt… bnyk masalah… kalu yg sifu cite tu…. mmg dah semua takaful ada manfaat vice verse tu.. serta.. untuk anak2 tu d panggil manfaat pembayar.

    samo je kat mana2 takaful pun.. cuma yg penting pelan yg mampu memenuhi kriteria kehendak/kemampuan pelanggan.

    “belilah barangan buatan Malaysia”

Leave a Reply

Powered by WordPress | Free cell phones brand new for sale. | Thanks to Best at&t deals, Facebook Games and Conveyancing