Financial Planning with ASB, OD and Credit Card

asb-od-cc.JPG

Mungkin sudah ramai mendengar mengenai perancangan kewangan (financial planning) dengan ASB, OD (Overdraft) dan kad kredit. Bagaimana melaksanakannya? Adakah benar2 dapat menyelesaikan masalah kewangan kita?Pertama kali aku dengar mengenai 3 perkara ini adalah dari sahabat aku. Memandang sahabat aku tu bukan mempraktikan sendiri, tetapi hanya dapat tahu dari orang lain, jadi dia tak dapat ceritakan dengan jelas bagaimana perancangan kewangan ini boleh dilaksanakan dengan 3 tools ni. Jadi aku buat research sendiri di internet. Hasilnya aku rumuskan seperti dibawah.

  1. Sediakan duit dalam ASB. Sekiranya tidak ada saving, apply personal loan, dan duit dari personal loan itu dimasukkan semuanya ke ASB.
  2. Tukarkan ASB ke Sijil. Kemudian apply OD dengan Sijil ASB tersebut.
  3. Bila OD dah approve, settlekan semua major loan.
  4. Seterusnya, pada setiap bulan, masukkan semua gaji ke OD.
  5. Beberapa hari selepas itu, keluarkan 30%-40% berbanding gaji anda dari OD dan masukkan ke ASB.
  6. Guna kad kredit untuk perbelanjaan rumah atau harian dan mesti digunakan diantara SD (Statement Date) dan DD(Due Date).
  7. Bayar amaun kad kredit yang telah digunakan pada bulan depan menggunakan OD.
  8. Ulang langkah 1 hingga 7 setiap bulan.

Betul ke boleh dipraktikan dan boleh berjaya? Aku cuba buat detail figure, guna gambarajah, guna Excel, tapi masih tak dapat buat perancangan secara detail. Dari pemahaman aku, perancangan kewangan sepatutnya berbeza bergantung kepada status kewangan seseorang itu. Jadi aku harus tidak mengambil bulat2 apa yang aku dapat di internet. Yang aku mahu adalah perancangan kewangan terperinci, beserta amaun dan date bagi setiap step. Jadi baru dapat memaksimakan ketiga-tiga tools tersebut.

Akhirnya, selepas menghadiri satu seminar, aku buat keputusan untuk assign seorang CFP sebagai financial advisor. Apa yang aku praktikan sekarang? Lebih kurang sama seperti yang aku jumpa di internet, tapi lebih terperinci.

  1. Aku apply OD dengan sijil ASB. Benefit => Dividen ASB tetap dikira walaupun kesemua duit dalam ASB telah ditukar ke Sijil. Bermakna aku dapat menggunkan duit ASB aku dan dividen tetap dibayar….hebat!
  2. Bulan Pertama : Bila OD approve, aku buat full settlement untuk balance kad kredit dan personal loan….settle 2 hutang aku. Benefit => Commitment hutang semakin kurang. Aku dah lepas dari interest kad kredit, 18% per year.
  3. Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD. Purpose => Untuk kurangkan interest dikenakan OD. Daily interest.
  4. Gaji aku dimasukkan semua ke OD. Purpose => Untuk kurangkan interest dikenakan OD. Daily interest.
  5. Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari OD menggunakan buku cek.
  6. Bulan Kedua : Bayar kesemua amaun yang telah digunakan dari kad kredit sebelum DD menggunakan OD. Purpose => Untul mengelakkan profit charge dikenakan. Jadi duit kad kredit digunakan secara percuma dengan hanya caj pengeluaran dikenakan.
  7. Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD pada SD yang sama seperti bulan pertama.
  8. Masukkan kesemua gaji ke OD.
  9. Sebelum 30hb/31hb, keluarkan beberapa k dan dimasukkan ke ASB. Benefit => Sekarang aku boleh buat maksimum saving. Saving yang pertama ini adalah 60% lebih dari gaji aku.
  10. Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari OD menggunakan buku cek.
  11. Langkah2 ini akan diulangi setiap bulan

Apa yang aku dapat? At least, 2 hutang aku dah selesai. Dalam masa yang sama, dividen akan masih dikira dari amaun yang telah ditukarkan ke Sijil. Dah aku boleh saving 60% dari gaji aku. Tak pernah terfikir dengan ciri2 berbeza yang ada pada ASB, OD dan kad kredit dapat membantu perancangan kewangan aku…kearah financial freedom.

Jadi jika anda berminat, aku advise anda dapatkan nasihat dari orang yang betul2 pakar dalam financial planning, atau cari CFP. Sebab sebelum aku jumpa CFP, aku ada buat gambaran kasar tentang financial planning aku, berdasarkan info di internet. Tapi apa yang financial advisor aku sarankan adalah benar2 berbeza.

Oleh itu aku nasihatkan dapatkan khidmat dari yang pakar. Kad kredit dan OD, kalau tak digunakan dengan betul, boleh membawa padah. Kalau anda hendak tahu serba sedikit, saya bersedia untuk kongsi, tapi bukan untuk merancang kewangan anda secara terperinci.

Sekarang saya sedang dalam proses seteruanya, iaitu refinancing rumah…untuk memaksimakan cash dalam tangan. Akan saya kongsi dari semasa ke semasa.

Keyword: perancangan kewangan, overdraft rhb, od asb, asb od, bebas hutang

Popularity: 80% [?]

You can leave a response, or trackback from your own site.

914 Responses to “Financial Planning with ASB, OD and Credit Card”

  1. man says:

    Salam.
    Kalau kita buat OD guana Sijil ASB. Lepas tu guna semua OD masukan dalam ASB.

    Boleh ke cara mcm tu?

  2. sue khairol says:

    Nizamjb,

    ODFD tu kononnya dlu sbab nak sync dengan akaun biz yg kebetulan mmg with MBB and FD pun di MBB.

    2bz,

    Masa I kija bank dlu, mmg ramai customer yang rajin beli maple leaf for investment. Tapi x tau ler, sya lebih prefer main UT sbb leh suh agent jer monitor. Lagipun skrang nie harga emas x menentu.

    Klu banyak modal..try main warrant..boss2 besar di bank dlu mmg rajin main warrant…walaupun rega kecil, tapi bila based on amount dibeli…keuntungan boleh tahan…:)

  3. 2bz4money says:

    NizamJB,
    ya tulah i maksudkan. takut newbie salah faham, main terjah and invest their whole salary money utk dapatkan Emas, sampaikan nak makan pun ikat perut. Bagi i Emas cam property jugak still appreciate in a long term..

  4. 2bz4money says:

    sue,
    masa itu emas. i makan gaji dan perlu komited dgn waktu keje. so, x bole FT utk analyse/speculate apa2 yg fluctuate. i juga dah kurang percaya dgn agent UT yg lebih look for commission rather than increase client’s wealth. mungkin i akan jadi agent PG yg tidak jual emas ttp lebih suka menyimpan..

  5. Khairul says:

    sue khairol,
    rasanya dh dpt byk input dari 2bz dan nizamjb…pada pendapat sy pun dari apply OD tanpa cagar ape2, atau pun melalui FD, dh tentu apply OD againts ASNB produk lebih berbaloi, dh lebih kepada play safe…sbb dh tentu tiap2 tahun akan dpt div..div tu pulak lebih tinggi dari int

    lain lah you ade sbb2 lain

  6. fairoz says:

    as-lslam

    dah lama survey saving style ni..cuma takut nak mula sebab takde profesional adviser. saya nak mintak pendapat bro ttg camne nak dptkan CFP dan berape caj yg dikenakan.

  7. azmi says:

    Hallo khai, nak tanya sikit.

    pendapatan aku sebulan rm2500 je.

    total hutang rm1200.
    tiap2 bulan mesti bayar.

    boleh x, tolong bantu saya, camana nak guna OD ni? untuk selesaikan hutang tuuu, pastu tu ada pembelanjaan.

  8. ahmad says:

    20hb jan 2010 sain lo overdraft cimb sampai
    sekarang duit belum masuk lagi
    27hb aply cc cimb seminggu je siap cc tu
    siap bagi gold cl 7k lagi
    ape pasal cc laju jeee…od lambatttt sangat
    dah 3 minggu lebih dah ni….mushkil aku
    tak kan bulan depan kot..lembab betul…
    memang lambat ke skarang nie punya proses

  9. Fauzan says:

    Azmi,

    tiada masalah yg tiada penyelesaian, unless u sendiri yg suka cari masalah. masalah yg utama ialah tiada panduan kewangan yg betul… email me ur case insyaallah i bleh bagi idea. :)

  10. NizamJB says:

    Ahmad,

    Baru 3 minggu? ooo tu blm kategori lmbt lg.. ingatkan da 3 bln..huhu.

    Pasal kenapa CC leh siap awal, sebabnyer CC nie tak libatkan 3rd Party.. cumer antara u ngan bank jer. OD-ASB nie melibatkan ASNB.. klu 3rd party tu lambat, pihak bank tak dapek nak nolong.

  11. Khairul says:

    fairoz,
    psl CFP kena tanya CFP direct la…skang tak tahu la camne diorang caj…2thn lepas nyer cite, caj seminar antara RM50-80…pastu 1st appointment RM600-800…2nd appointment 3% dari OD…seterusnya RM300 per session…seingat sy la…tak jamin skang mcmmana

    cuma satu je…ade 2 pilihan:
    1. lebih suke org bagi ikan…mkn smbil goyang kaki…abih ikan, pg lagi mintak..but bukan free…byr la

    ATAU

    2. lebih suke dpt pancing ikan…mula pancing kat kolam kecik…dh terror upgrade pg sungai…dh terror upgrade pg laut dlm…yg penting kena ade usaha sket

    my 20 sen

    —————————

    azmi,
    mcmmane nak guna OD ni memang byk dlm BH…tgk katefori Financial Planning dan Overdraft

    once dh faham, senang nak settle hutang satu per satu

    —————————

    ahmad,
    3 minggu normal la tu…yg penting follow-up ngan bank

  12. tinta says:

    salam bro khairul,

    refer no 7. “Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD pada SD yang sama seperti bulan pertama”

    apa maksudnya ye?guna chargecard instead of creditcard pun sama juga ke kna masukkan pada SD yg sama.coz Chargecard ada Opening balance.incase masukkan ke OD on Openingbalance ok tak?

  13. 2bz4money says:

    Saya baru buat OD Cimb pada 9/2/10..tengah pantau2..saya anggarkan paling cepat 3 Mac siap..

    Utk jimat drp kos CFP tu, better belajar handle cashflow sendiri..Kat BH ni pun ada template..tengok2 bila +ve @ -ve cashflow; then kita bermain2 dgn OD Interest utk lihat kemampuan utk berbelanja bila guna duit OD..spreadsheet OD Interest pun dah Bro K sedia di BH ni..

    perlu ada effort utk dapatkan info kewangan sendiri, masukkan ke dlm cashflow spreadsheet dan OD Interest..dan hadir kelas OD utk Q & A..lebih jimat drpd buang duit kat CFP!

  14. jlpd says:

    fairoz,

    Agree with khairul. Just to share pglman saya with BH.

    Mula2x kenal n meet with K, dia just ajar sy pancing IKAN di

    kolam kecik & cetek.

    But now, ikan kat kolam cetek or lautan dlm saya tak pancing

    dah. Malah saya dah berani pancing UDANG. Thx to Khairul :)

    p/s: NizamJB for sure skang pancing JAWS…

    skdr simbolik.

  15. NizamJB says:

    Hahaha.. salah mancing nanti itu JAWS ngap aku balik!

    Bab OD nie tak susah sngt actually.. org yg sekolah tak tinggi macam saya pun blh paham. Kene rajin2 la baca posting kat sini dan juga blog2 lain berkenaan pengurusan kewangan..

    Klu ade kesempatan, berTT la ngan bro Khairul atau sifu2 yg sewaktu dengannya. And then DIY (do it yourself).. pastu nak mancing ikan paus pun blh.. tp jgn smpi jadi ‘I Say Whale’ (sewel)..kikiki!!

  16. azrolhashim says:

    Salam pada teman yg otai dah dalam BH nie..
    Aku pun dah try od asb gak.. Memang seperti yg digambarkan oleh rata2 penghuni BH nie.. Cuma bagi aku cuma 1 je.. Hanya kita sahaja yang membayar hutang yg selama ini kita himpun. OD nie sgt berguna tapi harus pahamsetiap sen yang kita guna dari OD tu juga adalah hutang.. So jgn lah anda membazir tanpa halatuju

  17. tokmat says:

    salam..

    rakan, sy newbie neh..umo pon baru nak bertatih..
    so, sy mengharap sgt agar ade la sedara sedari yang sudi menjadi sifu n berTT dgn sy

    sy stay kat semenyih..tq

  18. HAMDAN RISMAN says:

    A’KUM… SAYA HAMDAN DARI TAIPING PERAK.. BOLEH TAK MINTA NO FON EN KHAIRUL, SEBAB SAYA MINAT FORMULA 3 + 1 TUE.. HARAP BANYAK TUNJUK AJAR DARI EN KHAIRUL

  19. Ingin tahu says:

    Aku confused dengan guna advance cash… Tak ke bank akan charge 2.5% – 5% daripada amount yang dikeluar. Scenario macam ni:-
    1.Duit gaji masuk OD tapi duit gaji tu semuanya untuk perbelanjaan harian (peribadi, anak2, dapur dll) + hutang2 yang ada (kereta , rumah dll), so tk ada simpan langsung, jadi pinjam dari OD RM1K untuk letak ke ASB.

    2.Keluar advance cash RM1K masukkan dalam OD, then guna satu lagi cc buat advance cash top up untuk 1st cc.

    3. Bulan berikutnya buat perkara sama tapi hutang ngan cc dah bertambah RM2K dan seterusnya dan setiap kali buat advance cash bertambah chargenya…

    Tak ke tu rugi… Minta nasihat dan pandangan sebab confused sikit…

  20. NizamJB says:

    Salam Ingin tahu,

    Teknik tu utk org skill OD tahap gaban jer.. org2 biaser mcm kiter nie baik jgn buat.

  21. fairoz says:

    as-salam

    bro khairul

    boleh bg email address atau phone no tak….nak tanye pendapat dan dan cara2 dgn lebih detail lg…email saya fairozemail@yahoo.com….sebelum buat kene tahu dulu ape yg boleh dan ape yg tak blh…

  22. Fauzan says:

    buat serabut jer cash advance ni keke.. just my 2 cents la..

  23. otek says:

    betul cakap Fauzan,mungkin cara cash advance hutang dah terlalu banyak…tak dapat nak roling lagi

  24. apis says:

    cara yang disarankan sebenarnya x rugi.. dan saya paham juga la camana flow nyer..

    konsepnya lebih kurang macam pinjam dgn A untuk bayar kepada B, pastu sampai due pinjam daripada B untuk bayar kepada A.. dan begitu seterusnya (OD vs CC).. hehe.. tolong betulkan kalau silap..

    pindah hutang personal dan CC ker OD, sbb interest rate OD lagi rendah..

    hutang CC (belanja harian + cash advance) dibayar oleh hutang OD, manakala hutang OD tu dibayar oleh gaji + cash advance CC tadi.. kalau ikut betul2 flow dan due2 date yang penting, mmg boleh rolling. Mmg ambik masa nak paham, dan rasanya kena face to face cerita baru senang paham.

    cash advance bank islam dan bank rakyat rasanya caj dia ok.. kena cek..

    harap maaf kalau statement saya kat atas mengelirukan..

  25. apis says:

    better pegi kelas OD, kalau berpeluang saya pun nak pegi tapi saya duk kat JB, jauh la nak pegi..

  26. Fauzan says:

    apis.

    cash advance tu ada 5% charges per widrawal. and ATM is limited to rm1.5k per draw. si 5%x1.5k=rm75. so kalo nak draw 2k kene lah 2kali draw. so 2nd draw tu dah kene 5% lagi.

    so kalo kira2 balik if you dok rolling cash advance + OD ni tiap2 bulan byk dah tu interest kita bagi ke bank. 3k kalo interest kat OD sebulan baru berapa hengget jer. sila betulkan kalo ada kesilapan pengiraan.

  27. fairoz says:

    as-salam
    camne nak gi kelas OD…ade sesiape tahu

  28. Eones Blues says:

    Tanye sket pada sifu2 semua…

    kalau kita buat loan utk asb tu…camna plak??kita amik dr od utk byr loan asb ker??pastu x leh la kita nak upgrade saving kita??betul tk??ada cara lain…?

    satu lg , kalu buat od dgn asb tanpa melibatkan cc x blh ker??

    last,,sape sifu2 yg stay kt kuantan..i nk berguru ni…

  29. Fauzan says:

    Eones Blues,

    use OD tuk bayar loan ASB. penggunaan cc tu tuk make it optimize tuk kurangkan interest OD. gaji masuk OD. bayar/blanja ikut sd dan dd dan base on budget.

    kene faham rules dulu.

  30. cenkudu says:

    aiseh sifu kat Kuantan takde anak murid ada la

Leave a Reply

Powered by WordPress | Free cell phones brand new for sale. | Thanks to Best at&t deals, Facebook Games and Conveyancing