Financial Planning with ASB, OD and Credit Card

asb-od-cc.JPG

Mungkin sudah ramai mendengar mengenai perancangan kewangan (financial planning) dengan ASB, OD (Overdraft) dan kad kredit. Bagaimana melaksanakannya? Adakah benar2 dapat menyelesaikan masalah kewangan kita?Pertama kali aku dengar mengenai 3 perkara ini adalah dari sahabat aku. Memandang sahabat aku tu bukan mempraktikan sendiri, tetapi hanya dapat tahu dari orang lain, jadi dia tak dapat ceritakan dengan jelas bagaimana perancangan kewangan ini boleh dilaksanakan dengan 3 tools ni. Jadi aku buat research sendiri di internet. Hasilnya aku rumuskan seperti dibawah.

  1. Sediakan duit dalam ASB. Sekiranya tidak ada saving, apply personal loan, dan duit dari personal loan itu dimasukkan semuanya ke ASB.
  2. Tukarkan ASB ke Sijil. Kemudian apply OD dengan Sijil ASB tersebut.
  3. Bila OD dah approve, settlekan semua major loan.
  4. Seterusnya, pada setiap bulan, masukkan semua gaji ke OD.
  5. Beberapa hari selepas itu, keluarkan 30%-40% berbanding gaji anda dari OD dan masukkan ke ASB.
  6. Guna kad kredit untuk perbelanjaan rumah atau harian dan mesti digunakan diantara SD (Statement Date) dan DD(Due Date).
  7. Bayar amaun kad kredit yang telah digunakan pada bulan depan menggunakan OD.
  8. Ulang langkah 1 hingga 7 setiap bulan.

Betul ke boleh dipraktikan dan boleh berjaya? Aku cuba buat detail figure, guna gambarajah, guna Excel, tapi masih tak dapat buat perancangan secara detail. Dari pemahaman aku, perancangan kewangan sepatutnya berbeza bergantung kepada status kewangan seseorang itu. Jadi aku harus tidak mengambil bulat2 apa yang aku dapat di internet. Yang aku mahu adalah perancangan kewangan terperinci, beserta amaun dan date bagi setiap step. Jadi baru dapat memaksimakan ketiga-tiga tools tersebut.

Akhirnya, selepas menghadiri satu seminar, aku buat keputusan untuk assign seorang CFP sebagai financial advisor. Apa yang aku praktikan sekarang? Lebih kurang sama seperti yang aku jumpa di internet, tapi lebih terperinci.

  1. Aku apply OD dengan sijil ASB. Benefit => Dividen ASB tetap dikira walaupun kesemua duit dalam ASB telah ditukar ke Sijil. Bermakna aku dapat menggunkan duit ASB aku dan dividen tetap dibayar….hebat!
  2. Bulan Pertama : Bila OD approve, aku buat full settlement untuk balance kad kredit dan personal loan….settle 2 hutang aku. Benefit => Commitment hutang semakin kurang. Aku dah lepas dari interest kad kredit, 18% per year.
  3. Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD. Purpose => Untuk kurangkan interest dikenakan OD. Daily interest.
  4. Gaji aku dimasukkan semua ke OD. Purpose => Untuk kurangkan interest dikenakan OD. Daily interest.
  5. Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari OD menggunakan buku cek.
  6. Bulan Kedua : Bayar kesemua amaun yang telah digunakan dari kad kredit sebelum DD menggunakan OD. Purpose => Untul mengelakkan profit charge dikenakan. Jadi duit kad kredit digunakan secara percuma dengan hanya caj pengeluaran dikenakan.
  7. Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD pada SD yang sama seperti bulan pertama.
  8. Masukkan kesemua gaji ke OD.
  9. Sebelum 30hb/31hb, keluarkan beberapa k dan dimasukkan ke ASB. Benefit => Sekarang aku boleh buat maksimum saving. Saving yang pertama ini adalah 60% lebih dari gaji aku.
  10. Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari OD menggunakan buku cek.
  11. Langkah2 ini akan diulangi setiap bulan

Apa yang aku dapat? At least, 2 hutang aku dah selesai. Dalam masa yang sama, dividen akan masih dikira dari amaun yang telah ditukarkan ke Sijil. Dah aku boleh saving 60% dari gaji aku. Tak pernah terfikir dengan ciri2 berbeza yang ada pada ASB, OD dan kad kredit dapat membantu perancangan kewangan aku…kearah financial freedom.

Jadi jika anda berminat, aku advise anda dapatkan nasihat dari orang yang betul2 pakar dalam financial planning, atau cari CFP. Sebab sebelum aku jumpa CFP, aku ada buat gambaran kasar tentang financial planning aku, berdasarkan info di internet. Tapi apa yang financial advisor aku sarankan adalah benar2 berbeza.

Oleh itu aku nasihatkan dapatkan khidmat dari yang pakar. Kad kredit dan OD, kalau tak digunakan dengan betul, boleh membawa padah. Kalau anda hendak tahu serba sedikit, saya bersedia untuk kongsi, tapi bukan untuk merancang kewangan anda secara terperinci.

Sekarang saya sedang dalam proses seteruanya, iaitu refinancing rumah…untuk memaksimakan cash dalam tangan. Akan saya kongsi dari semasa ke semasa.

Keyword: perancangan kewangan, overdraft rhb, od asb, asb od, bebas hutang

Popularity: 80% [?]

You can leave a response, or trackback from your own site.

914 Responses to “Financial Planning with ASB, OD and Credit Card”

  1. barutahu says:

    salam, saya orang barutahu pasal OD-ASB-CC platform nih..
    and still tgh research sket pasal platform nih..

    ada sedikit confusion kat Cash Advance.

    1. bukan ke bila kita buat Cash Advance, kita akan dikenakan daily charge (18% per annum) start daripada transaction date?
    2. Ada CC bank yg takde daily charge ke?
    3. Kalau kena daily charge + CA fee (5% from total amount), rasanya cam tak berbaloi je…any comment?

  2. brother says:

    akum, tiap2 bulan gaji saya -ve… loan umah, loan keta, minyak&tol, belum duit dapur lagi… camne nak sattle? leh advise without loose any properties… nak refinance umah gak..

  3. firdaus says:

    bro…
    camane pengiraan bonus pada asb ekk…x paham r

  4. wan says:

    firdaus, boleh baca kat topik dalam categori ASB/ASNB – How to calculate ASB dividend and bonus

    secara ringkasnya dia amik puratra 10 tahun minimum simpanan x kadar bonus.

  5. Khairul says:

    brother,

    cuba baca dulu Part 1, 2 and 3 berkenaan Financial Planning…mungkin akan dpt gambaran jelas tentang cash advance

  6. ogy says:

    kat maner nak baca part 1,2 and 3 berkenaan Financial Planning…

  7. aluz says:

    Kat mana saya boleh baca berkenaan cara2 memanipulasi duit dengan CC Cash Advance? Jenuh cari dalam website Bebas Hutang tapi tak jumpa….

  8. batubata says:

    Teknik OD + ASB + CC bila masuk bulan 6 dan ke atas OD kita akan menyusut sikit + Faciliti CC Cash Advance akan sampai ke Full Limit. Mcm maner nak cover balik?

  9. Khairul says:

    cuba tgk part 1, 2 dan 3 utk penerangan

  10. mann says:

    salam khairul ,
    nak tanya skit , berdasarkan pembacaan saya , menggunakan teknik ODASB ni ada 2 cara iaitu :
    1. Guna CC untuk daily expenses , kemudian bayar guna OD .
    2. Guna CC hanya untuk cash advance , dan masuk ke OD . Daily expenses guna duit dalam OD .

    Mengikut pengalaman khairul , teknik mana satu yang lebih baik .
    Terima kasih atas penjelasan .

  11. mann says:

    maaf khairul , ada lagi tak faham .

    Kalau baca Part 3 , guna 1 CC , expenses RM 3000 .
    Part 4 guna 2 CC tapi expenses tetap RM 3000 .

    Soalan saya , apa perbezaan guna 1 dan 2 CC sedangkan jumlah perbelanjaan tetap RM 3000 . Apa yang boleh kita minimum atau maksimumkan dengan penggunaan 2 CC .

    saya mohon penjelasan , terima kasih daun keladi
    lepas ni banyak nak tanya lagi …

  12. Chulan says:

    Bro mann,
    Hrp Bro K mengizinkn sy menjwp soalan pertama Bro mann.

    Pd pendpt sy, kedua2 teknik tersebut ada kelebihan masing2 mengikut Financial Plan individu. Sy cdg-kan guna kedua2 teknik serentak.

    CC digunakn sbg tool utk mthly expense & cash advance.

    Dr SD hingga DD, CC digunakan utk mthly expense.
    Byr CC sebelum DD dgn OD.

    Utk bulan berikutnya, bila SD, buat cash advance utk byr ke OD plak. Cuma Cash Advance fee yg Bro kena byr. Seterusnya guna CC balik utk mth expense (janji x over limit). Sebelum DD, byr CC guna OD.

    Hrp Bro mann nampak penggunaan kedua2 teknik tersebut diguna secara serentak.

  13. mann says:

    Tq Chulan for the explanation .
    Cuma nak tanya , nanti OD x cepat susut ke , satu nak bayar CC expenses , satu lagi nk bayar cash advance .

    Maaf la sbb kelabu asap lagi nih.
    Dah buat dgn excel yg di bagi , tapi tengok cepat je susut .
    Tahun ke 3 pon OD dah penuh digunakan.

    Bro Chulan da berapa lamer guna teknik ni … dan ok ke secara praktikalnya?

  14. Chulan says:

    Bro mann,
    Klu x mau OD susut cepat, 2 cara boleh;

    1) Setiap bulan, gaji bulanan masukkan ke dlm OD. Atau;
    2) Bila dpt dividend ASB hujung tahun , dump-kn ke dlm OD.

    Secara praktikal sy x buat Cash Advance dr CC. Sy guna CC utk monthly expense shj dan dr option di atas, sy cuma praktikkan pilihan (1) iaitu masukkan gaji bulanan ke dlm OD. Sayang nk kuarkn dividend tahunan yg dpt.

    Tapi every month kena monitor available balance of OD.

    TK.

  15. Fauzan says:

    xperlu er cash advance pelbagai nih.. leceh jer.. guna teknik passive mode much more better..

  16. rid says:

    salam…od ni boleh ke guna dalam perniagaan?…saya memang tak tahu menahu mengenai od, kalau tak keberatan boleh la tolong jelaskan…terima kasih

  17. Chulan says:

    rid,
    Mmg OD ni asalnya utk biznes. Byk pymnt perniagaan adalah melalui cheque. OD ni diberi melalui Akaun Semasa. Dgn akaun semasa anda diberi cheque book.

    Besa akaun semasa yg ada OD dgn akaun semasa normal yg tiada OD ialah:

    Dgn OD anda boleh issue cheque dgn amount yg dikehendaki sehingga OD Limit.

    Tanpa OD, jika anda nk issue cheque, anda perlu kredit-kan akaun semasa anda terlebih dahulu.

    Hrp fhm ek..Bro

  18. sue khairol says:

    Salam rakan2,

    Lama dah rasanya x wat post di sini..asyik dok nengok org chat jer :)

    Ok, kat sini saya nak minta pandangan rakan2..whether saya play safe atau ada cara lagi saya boleh maksimakan pendapatan saya.

    1 – OD MBB 50K, CIMB 80K
    2 – ASB acc saya wat 200K ASB loan, ASW acc saya wat simpanan dari lebihan duit yang ada
    3 – Citibank Loan 12K, Bank Islam 12K
    4 – Citibank CC no o/standing, max 18K credit
    5 – Saya x kija, tapi wat fulltime online biz (xder kedai)..purata keuntungan 10k mthly..Meaning saya akan split 5k each utk masuk ke 2 akaun OD

    Perbelanjaan saya :

    1 – PL : RM1200 mthly (CTBANK & BI)
    2 – Rumah : RM750
    3 – Keta : RM500
    4 – Celcom : RM100
    5 – Others : RM800 (anak2 n parents n sopping..hehe)

    Apa yang saya buat skrang nie..

    1 – OD MBB – Saya buat bayar ASB loan RM1070 mthly dan 5k duit biz saya masukkan ke sini mthly sbg pendapatan dan juga modal niaga.

    2 – OD CIMB – Saya gunakan utk bayar other PL, loan keta, rumah, bil2 n etc. Juga saya masukkan 5k dari keuntungan niaga saya di sini

    Agak2 adakah my financial style nie ok or too play safe ? Saya berminat nak beli resort apartment but I’m afraid too risky sbb perniagaan kan based on ekonomi juga..

  19. Fauzan says:

    sue.. how about your wife/husband? x nak guna kuota ASB die tuk applu Loan ASB ker? walaupun x kerja masih boleh buat loan asb tu… rugi kalo x guna.

  20. sue khairol says:

    fauzan,

    my husband at current ada 25k loan asb…dia kerja. dia nie jenis play safe sket, x berani nak buat bebanyak coz he’s the breadwinner..

    dlm savings dia ada dalam rm100k plus..letak senyap cenggitu jer..

  21. 2bz4money says:

    Sue,
    1. Antara MBB dan CIMB, yg mana OD interest lebih tinggi? Disitulah u patut dump in more cash utk reduce high OD interest, while untuk 3350 expndtr tu masuk kat yg low OD Interest..Mcm I ada 3 a/k OD di bawah Cimb, lebih mudah kawal dan buat IBG pun free..

    2. Sekiranya, ada lebihan OD; maybe u bole rempit ke ASW as long ROI ASW > OD Interest. ASB/ASW ni quite low risk, liquid cash dan boleh dijangka ROInya..

    3. Invest Resort Apt..ROInya seasonal..bulan posa -ve% pasal maintainance nak kena bayo jugak, tapi x tenant. So, quite risky kecuali kalu u bole guaranteed ROI mcm ASB/ASW..

    Kesimpulannya..right, u r play safe with the current situation..

  22. Fauzan says:

    Sue,

    kalo i in your situation dah rempit dah… boleh full ASB suami isteri dalam less than 5 tahun dgn play save… :D hutang boleh settle semua… anyway make a better choice… good luck.

  23. sue khairol says:

    2bz4money,

    thanks for the input.
    within those 2, of course yang tertinggi MBB.

    bagaimana nak ada 3 akaun di CIMB ? meaning klu kita ada RM150K, we split each 50K and manage it differently ?

    yep, resort is seasonal…maybe the other option is to buy a low cost apt and rent…atau just buka kedai offline as profit margin utk women apparels nie min 40% and its not seasonal..

    fauzan,

    u mean rempit macam cara cikgu ahmad ajar ke ?
    –> amik asb loan 200k for me n husband
    –> bayar bulan2 pakai duit od
    –> both income masuk od
    –> dividen akhir thn masuk od
    –> lebihan masuk ASW

    in this case, ada sesiapa yang nampak cons/-ve cara diatas tak ?

    pastu let say both me n husband saving lebihan dlm LUTH ada dlm RM200K++, perlu ke buat 2 akaun OD yang berlainan / just lump sum semua keperluan kami dalam satu akaun OD ?

    thanks in advance.

  24. Chulan says:

    sue,
    Nk tanya skit. Ur OD is pledge from ASW or FD? X munkin ASB psl ur ASB dh max dgn loan 200K. Bole share skit?

  25. 2bz4money says:

    Sue,
    2bz ada 2 a/c OD with Cimb di mana guna kaedah rempit. Then, 2bz create a/c OD ke 3 Cimb atas nama wife after I dah maxkan ASB. Currently, apply OD ke 4 Cimb utk wife bagi maxkan ASBnya secara rempit. The 1st 2 a/c, 2bz dpt BLR-2%. 2bz juga manage a/c OD wife BLR-1.65%. In future, 2bz akan appeal dari Cimb utk lowered lagi BLR.

    So far, rempit ni masih under control krn 2bz letak margin of safety sebanyak 3 months of OD Interest; while dividen ASB (liquid cash) masih ada dalam buku sebanyak another 3months OD Interest for all of the 3OD a/c. My objective is to max ASB and stabilised my lower risk investment at 400k. Next obj. may diversify to gold investment (high risk)and land..

  26. sue khairol says:

    Chulan,

    ASW n FD :)

    Sekarang I tgh liase with MBB for another OD utk tak cagarkan apa2 coz I ada sole proprietor acc with them.

    Jika lulus I inf..

  27. sue khairol says:

    2bz..

    Respect…and rite its time to rempit instead of playing safe. I’ll talk to my husband on your tactics.

    Insya’allah I’ll update the outcome here.
    Nak tunggu esok, mana tau terbuka hati nak main emas after tegk cara Pokli :)

    Many thanks for the info..

  28. NizamJB says:

    Salam 2bz,

    Gold high risk ker?.. Security risks ader la, tp investment risks rasernyer gold tak volatile sngt.

    Sue khairol,

    Pd saya, better u buat OD against ASW jer rather than FD. Ngan FD u cumer blh minimise int. paid to bank.. pasal ROI on FD (2.5-3.5%) rasernyer lower than int. on OD facility(3.5-4.5%) tu kan? Or maybe u ader your own reasons la kan..

  29. 2bz4money says:

    NizamJB,
    why Gold tu high risk? Once u beli je dah RUGI on the different of the spread about 5-6%. If u need money, emas bole trade tapi at your losing price..Cuba praktik..Once volatile, ianya risky.

    I nak diversify kpd Emas for a l/term investment based on incremental trend for a 5/10 years. So, jgn guna your hardearn money to invest gold for a fast profit or a short term basis investment.

  30. NizamJB says:

    Oo.. ok. Kamu kategorikan liquidity risk as high risk jugak la yer. Saya ingatkan high risk as in duit modal kiter tu blh hangus biler emas hilang nilainyer..

    http://en.wikipedia.org/wiki/Liquidity_risk

Leave a Reply

Powered by WordPress | Free cell phones brand new for sale. | Thanks to Best at&t deals, Facebook Games and Conveyancing