Financial Planning with ASB, OD and Credit Card

asb-od-cc.JPG

Mungkin sudah ramai mendengar mengenai perancangan kewangan (financial planning) dengan ASB, OD (Overdraft) dan kad kredit. Bagaimana melaksanakannya? Adakah benar2 dapat menyelesaikan masalah kewangan kita?Pertama kali aku dengar mengenai 3 perkara ini adalah dari sahabat aku. Memandang sahabat aku tu bukan mempraktikan sendiri, tetapi hanya dapat tahu dari orang lain, jadi dia tak dapat ceritakan dengan jelas bagaimana perancangan kewangan ini boleh dilaksanakan dengan 3 tools ni. Jadi aku buat research sendiri di internet. Hasilnya aku rumuskan seperti dibawah.

  1. Sediakan duit dalam ASB. Sekiranya tidak ada saving, apply personal loan, dan duit dari personal loan itu dimasukkan semuanya ke ASB.
  2. Tukarkan ASB ke Sijil. Kemudian apply OD dengan Sijil ASB tersebut.
  3. Bila OD dah approve, settlekan semua major loan.
  4. Seterusnya, pada setiap bulan, masukkan semua gaji ke OD.
  5. Beberapa hari selepas itu, keluarkan 30%-40% berbanding gaji anda dari OD dan masukkan ke ASB.
  6. Guna kad kredit untuk perbelanjaan rumah atau harian dan mesti digunakan diantara SD (Statement Date) dan DD(Due Date).
  7. Bayar amaun kad kredit yang telah digunakan pada bulan depan menggunakan OD.
  8. Ulang langkah 1 hingga 7 setiap bulan.

Betul ke boleh dipraktikan dan boleh berjaya? Aku cuba buat detail figure, guna gambarajah, guna Excel, tapi masih tak dapat buat perancangan secara detail. Dari pemahaman aku, perancangan kewangan sepatutnya berbeza bergantung kepada status kewangan seseorang itu. Jadi aku harus tidak mengambil bulat2 apa yang aku dapat di internet. Yang aku mahu adalah perancangan kewangan terperinci, beserta amaun dan date bagi setiap step. Jadi baru dapat memaksimakan ketiga-tiga tools tersebut.

Akhirnya, selepas menghadiri satu seminar, aku buat keputusan untuk assign seorang CFP sebagai financial advisor. Apa yang aku praktikan sekarang? Lebih kurang sama seperti yang aku jumpa di internet, tapi lebih terperinci.

  1. Aku apply OD dengan sijil ASB. Benefit => Dividen ASB tetap dikira walaupun kesemua duit dalam ASB telah ditukar ke Sijil. Bermakna aku dapat menggunkan duit ASB aku dan dividen tetap dibayar….hebat!
  2. Bulan Pertama : Bila OD approve, aku buat full settlement untuk balance kad kredit dan personal loan….settle 2 hutang aku. Benefit => Commitment hutang semakin kurang. Aku dah lepas dari interest kad kredit, 18% per year.
  3. Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD. Purpose => Untuk kurangkan interest dikenakan OD. Daily interest.
  4. Gaji aku dimasukkan semua ke OD. Purpose => Untuk kurangkan interest dikenakan OD. Daily interest.
  5. Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari OD menggunakan buku cek.
  6. Bulan Kedua : Bayar kesemua amaun yang telah digunakan dari kad kredit sebelum DD menggunakan OD. Purpose => Untul mengelakkan profit charge dikenakan. Jadi duit kad kredit digunakan secara percuma dengan hanya caj pengeluaran dikenakan.
  7. Buat cash advance dari kad kredit dan masukkan ke OD pada SD yang sama seperti bulan pertama.
  8. Masukkan kesemua gaji ke OD.
  9. Sebelum 30hb/31hb, keluarkan beberapa k dan dimasukkan ke ASB. Benefit => Sekarang aku boleh buat maksimum saving. Saving yang pertama ini adalah 60% lebih dari gaji aku.
  10. Perbelanjaan harian diambil dari OD. Bil-bil dan pembayaran bulanan lain juga dari OD menggunakan buku cek.
  11. Langkah2 ini akan diulangi setiap bulan

Apa yang aku dapat? At least, 2 hutang aku dah selesai. Dalam masa yang sama, dividen akan masih dikira dari amaun yang telah ditukarkan ke Sijil. Dah aku boleh saving 60% dari gaji aku. Tak pernah terfikir dengan ciri2 berbeza yang ada pada ASB, OD dan kad kredit dapat membantu perancangan kewangan aku…kearah financial freedom.

Jadi jika anda berminat, aku advise anda dapatkan nasihat dari orang yang betul2 pakar dalam financial planning, atau cari CFP. Sebab sebelum aku jumpa CFP, aku ada buat gambaran kasar tentang financial planning aku, berdasarkan info di internet. Tapi apa yang financial advisor aku sarankan adalah benar2 berbeza.

Oleh itu aku nasihatkan dapatkan khidmat dari yang pakar. Kad kredit dan OD, kalau tak digunakan dengan betul, boleh membawa padah. Kalau anda hendak tahu serba sedikit, saya bersedia untuk kongsi, tapi bukan untuk merancang kewangan anda secara terperinci.

Sekarang saya sedang dalam proses seteruanya, iaitu refinancing rumah…untuk memaksimakan cash dalam tangan. Akan saya kongsi dari semasa ke semasa.

Keyword: perancangan kewangan, overdraft rhb, od asb, asb od, bebas hutang

Popularity: 80% [?]

You can leave a response, or trackback from your own site.

914 Responses to “Financial Planning with ASB, OD and Credit Card”

  1. olynd says:

    saye berminat nak mintak pendapat jugak
    saya ade 2 credit card tetunggak dan 1 PL yg tertunggak 4bulan
    so macamane saya nak setlekan hutang2 neh bole xbg keterangan lanjut mengenai OD neh
    emailkan kat saye

  2. wfwar says:

    pasal cash advance tu, bukan ke lebih merugikan, cash advance kan ada fee, walaupun dibayar semula di bulan hadapan, tetapi fee dia kan tinggi juga? bukan ke interest OD lebih rendah dari cash advance fee tu. Jadi kenapa susah2 nak keluarkan cash advance, kenapa tak pakai je OD tu?
    atau, pemahaman saya salah ke???

  3. ikanlaga says:

    baru call maybank, rhb & cimb. OD fasiliti base on ASB dah dibekukan.

  4. sue says:

    kenapa ASB-OD dibekukan..
    utang kad kredit byk,,
    ada kemungkinan tak die bukak balik??
    atau ada cara lain nak invest n settle hutang??

  5. fapa says:

    dibekukan sbb sejuk,lama sgt dok peti ais hehe maybe TT leh xplain lebih detail, klu ada g pun tuk company je kot,OD/ASW..tak pasti..
    (Mungkin TT lebih tau)..kad kredit wat balance transfer je la,tak pun EPP Easy Payment Plan..ada TT terangkan dalam post blakang², invest len…tgu post baru BH hehe

  6. awang says:

    saya nak tanya kat otai-otai macamana nak susun duit kalau perbelanjaan melebihi pendapatan dalam konsep ni. mintak tolong otai figure up kan utk saya. tq

  7. Raza says:

    OD asb dah buka kat RHB tapi utk yg ada business dgn kata lain yg ada bus registration under sole prop. Lambat ke utk buat bus registration tu?

  8. girokonto says:

    just staying optimistic..

  9. adni-y says:

    Salam..
    saye berminat utk mendapatkn keterangan lanjut mengenai OD ini.. pada berkenaan, emailkan pada saya..

  10. awang says:

    ada otai kata kalau dah xboleh buat od-asb try wat od-fd betui ka….boss…

  11. Tun Perak says:

    28/07/10 – Call Arbaiyah Cimb. OD-ASB dh x do laie. Apo nak buek la ni. Camno eh nak tambah simpanan dlm ASB. Melabur dlm ASB la ni bole pnuh sampe 400k. Camno la den bg copek pnuh. Otai2 tlg tunjuk jalan.

  12. ye ka dah dibekukan… arahan sapa tu?.. bleh tlg cari ker

  13. baru belajar says:

    sy nk thu lebih lanjut psl OD ni, klo x ade akaun ASB lg, wat personal loan pstu bka akaun ABS then wet loan tu sume mskkn dlm ASB, tukar kepada sijil ASB then apply OD, bleh ke??

  14. ashmira says:

    ada news lagi x pasal OD nie… beku sampai bila? RHB bukak untuk business sahaja…

Leave a Reply

Powered by WordPress | Free cell phones brand new for sale. | Thanks to Best at&t deals, Facebook Games and Conveyancing