Post ini akan menjadi post rasmi bagi pendaftaran Kelas OD bermula dari tarikh post ini. Info berkenaan Tarikh dan Masa kelas, Lokasi dan juga Seat Availibility akan saya udpate pada table dibawah.
Manakala segala permohonan ke Kelas OD mestilah dihantar dengan mengisi borang/form dibawah. Borang yang telah lengkap diisi akan dihantar terus ke email saya.
Cara-cara menghadiri kelas:
- Sila periksa tarikh, masa, lokasi dan seat availability sebelum membuat pendaftaran.
- Daftar kelas menggunakan borang dibawah.
- Saya akan maklumkan melalui email cara-cara untuk bank-in wang deposit dan pengesahan. Wang deposit adalah sebanyak RM10 / borang pendaftaran.
- Selapas mendapat pengesahan deposit, saya akan maklumkan lokasi kelas beserta link ke Google Maps.
- Pastikan anda baca post ini -> Etika menghadiri Kelas OD
Perhatian: Kelas OD ini adalah PERCUMA. Wang deposit RM10 itu adalah sebagai komitmen anda bagi menghadiri kelas yang anda telah pohon. Terpaksa buat macam ni sebab banyak sangat kes yang dah daftar tapi cancel last minit. SAYA AKAN PULANGKAN deposit tersebut sekiranya anda datang ke kelas seperti yang anda telah pohon. Sekiranya tidak hadir, wang deposit dikira HANGUS. Sekiranya tidak hadir dan ingin membuat pendaftaran baru, wang deposit baru dikenakan.
Jadual Kelas OD
| Kelas No. | Tarikh | Masa | Lokasi | Seat Availibility | Status |
|---|---|---|---|---|---|
| 14 | 19 Feb 2010 / Jumaat | 9:00 PM | Equine Park / Tmn Equine, Bandar Putra Permai | 0 | CLOSED |
| 15 | 10 Feb 2010 / Rabu | 9:00 PM | Equine Park / Tmn Equine, Bandar Putra Permai | 0 | CLOSED |
| 17 | 5 Mar 2010 / Jumaat | 9:00 PM | Tmn Puncak Jalil / Tmn Equine | 0 | CLOSED |
| 18 | 26 Mar 2010 / Jumaat | 9:00 PM | Tmn Puncak Jalil | 0 | CLOSED |
| Makluman, 17/04/2010 : Kelas OD dibekukan buat sementara waktu untuk memberi tumpuan kepada beberapa perkara lain. | |||||
cforms contact form by delicious:days
Popularity: 9% [?]
Posted in
Tags: 



Bro K,
Dgn ada jadual ni nampak lebih tersusun sikit. Cuma mungkin boleh ditambahkan info peserta mengenai matlamat penggunaan OD mereka e.g. nak kahwin, langsaikan hutang CC, maxkan ASB, belajar uruskan kewangan, labur emas, property etc. Dan mungkin boleh tambah 3 soalan cepumas mrk utk dijawab sifu semasa sesi TT (memandangkan ramai yg hadir & ada yg malu2 nak brtanya).
Saya setuju bangat dgn deposit RM10 (elok kira yuran terus dgn sediakan simple calculator, kertas & pen ataupun halal je buat saguhati/hadiah penat lelah/ilmu sifu arrange semua ni). Ini akan menunjukkan tahap disiplin dan komited seseorg tu. Kalu gagal hadir boleh membawa makna gagallah dia menggunakan OD secara berhemah/berdisiplin/komited..
Salam
Kalaulah dapat hadiri kelas OD esok alangkah bagusnya. Apakan daya saya di Alor Setar. Nak cuti pun x sempat.
[...] Updated on 9/2/1020 : Bermula dari tarikh ini, pendaftaran Kelas OD mestilah melalui post ini => Kelas OD BH [...]
Fuhh.. semakin mantop admin BH a.k.a Bro K kiter! Thumbs Up!
Yg maner hadirin yg berpuas hati ngan ilmu yg dikongsikan oleh Bro K kiter nanti, hadiahkan jer duit tu pada anak2 beliau..baru berkat ilmu tu nanti..huhu!
saya pun doakan agar en.khairul, en.nizamjb & kawan2 di BH yang sedia kongsi ilmu ni, dipanjangkan usia selalu sihat berada dalam lindungan-Nya. insya-Allah
Pendaftaran utk Kelas OD pada 10/2/2010 telah ditutup. Semua yg register dh depo. Harap maklum.
Kepada yg baru register tapi tak dpt reply dari saya, sila tunggu next schedule, dan buat pendaftaran baru untuk hadir. TQ
thanks 2bz, Nizam, atas cadangan diberikan…korang dan yg lain2 pun ape kurangnya…byk share kat sini
dgn adenya sistem mcm ni, mudah utk yg nak dtg kelas, mudah juga utk aku…takyah nak kena tanya sorang2 dlm email list…skang ni abih je seats terus tutup
pasni insyaAllah, slow2 tambah ikut keperluan…terutama venue kelas yg masih kat restoran2 terbuka
tq rend
kalau tak keberatan, nanti info2 berguna sudi-sudikanlah masukkan dalam website, sebab kami yang tak dapat datang ni nak jugak belajar.
rugi rugi rugi!!!!
baru 3 hari masuk site, miss peluang nie.. dahl lama saya tunggu, abang k, tolongla set dalam masa terdekat ni, saya dah buat first step, amik P/L, tukar sijil and consolidate perbelanjaan dalam 2 blan yg lepas.. sebagai persediaan nak hadir kelas, now miss peluang ni.. kalau sy dtg menghadap hr biasa boleh ke? bukan masa kelas? saya dok di kajang.
sorry typo, baru 3 hari tak masuk site, dh miss peluang ni, nampak gayanya terpaksa bayar first installment PL bulan ni, if xdpt jdkan OD dalam masa terdekat
kairul
bila lak nak buat kat labuan?. nak g kat KL jauh beno
azmi, abih sy nak ke labuan pun jauh ape…huhu
lain la geng labuan nak sponsor ticket flight dan bilik…boleh gak consider
Ulasan Kelas OD, tarikh 10/2/2010
- alhamdulillah, sumer yg register utk kelas tu hadir pada mlm tu..walaupun hujan lebat sblum kelas start…ade yg baru balik keje, ade yg bini ngan anak tunggu dlm keta, tapi sumer komited hadir dan participate kelas…ni tanda2 org yg akan berjaya, amin
Selamat Bercuti and pandu cermat kepada Bro Khairul and warga BH.
Bujang,
kalu nak sembang2 pasal OD ok gak..aku dok kat Tmn U sebelah UKM..
alaa..dah termiss dah,,,next class naikkan jadi RM50 boleh tak? deposit je kan..
Slm otai-otai semua…tumpang lalu
halo semua..
equine park ne yg kat seri kembangan k?
tgh fikir macamana nk dtg kelas OD ni….aku kt kuching skrang ni. kalau bro K buat hari sabtu malam, insyallah boleh aku urus tiket airasia ni.
bila lagi kelas nk mula?
2bz4money, alhamdulillah… macam mane nak contact? Saya dok kajang,
Makluman,
Pendaftaran utk kelas OD pada 19hb Feb kini dibuka.
reserve satu untuk saya kelas 19/2 ni….
salam. saya dah isi form, tapi tak dapat register. dia kuar .Please double-check your verification code. knapa yer. minat sgt nak join kelas ni
alhamdulillah, dah register… hopefully dapat hadir dan saya akan tunggu info seterusnya. Terima Kasih bro Khairul.
nork2010,
Verification code tu yg jawapan pada 5×2, cuba tengok hang type betul ke idak, kalau salah dia akan keluar prompt message suruh check, after type yg betul, sy dapat congrats, the admin will be contacting you.. hopefully betullah steps yg saya buat tu.
sebabnye ada verification tu, nak elak dr spam, so to make sure betul manusia yg isi borong, bukan auto updated by virus, ini sebahagian dr security check dalam kebanyakkan website..
ok dah register..cuma tgh tunggu email cara nak buat pembayaran deposit.. akhirnya dpt juga sy jaoin kelas OD ni..
saya tak dapat register.Keluar ayat
“Please double-check your verification code”
tiada verification code yang terpapar di website masa dah tekan register
memandangkan ade yg menghadapi masalah dgn verification code, sy dh remove part utk verification tu…hopefully problem resolved.
khairul, bila yer akan dpt emel untuk wat pembayaran deposit rm10 tu? if pergi dgn pasangan maknanya kene bayar rm20 laa yer?
Sy dh register smlm (rabu), tp blum dpt any emel confirmation & pembayaran deposit. Adakah saya termasuk dlm yg dpt hadir kelas malam ini? Dah berapa kali sy terlepas peluang. Harap kali ni dpt attend. Thanks bros n sifus. With Allah bless.
Pendaftaran Kelas OD pada 19 Feb telah ditutup…skang ni tgh follow-up utk depo
saya faham ramai yg nak join kelas OD…tapi buat masa ni keadaan venue tidak mengizinkan…maklumla, sambung 2-3 meja…kalau pjg sgt mejanya, yg hujung2 nanti tak dgr plak ape sy ckp
sy tgh usaha utk buat kat tempat yg lebih ramai boleh join…doa2kan moga diizinkan ownernya